BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 9 Disember 2011

NoN BAKE PEACH CHEESE CAKE

UWARGHHH....eh...bkn nak nangis tau.....hehe...urm..hari ni apa lagi yg dibaking???sempena hari jadi anak ke-2 ku....NURUL KHAILESAH IZZATI...yg berumur 12 tahun f0r tahun nie...tukar selera cikit,selalunya kek harijdi gna kek yg memng dibaking..naaaa,hari ni kita nk try buat NON-BAKE PEACH CAKE...haaa..nma p0wn,non-bake kn..jdi mstilah x payah nk dibakar ke,dikukus ke...senang kacang g0reng rebus sajaaaa...masuk peti ais dh siap...senang kn??ni bkannya malas tau...apa salah mencuba mende baru...iyalah,budak baru belajar kn..kalau salah t0l0ng2 lah tunjukkn...ehehehe...hari2 cheese..pigi sana nmpak cheese pigi situ nmpak cheese...naik muak jgak...hahaha...dah bnyk yg aku blajar buat kek,muffin&yg sewktu dngnnyalah...berasaskan cheese semata-mata.j0m teng0k resepi yg mudah nih.bkn susah lagi2 kalau dh teringin nk mkan...apa p0wn bleh kn...tinggal cari bahan2...tng0k resepi..ikut prosedure el0o2...confirm jdi pnye lah...jom ikuti langkah2 nya...jgn smpai terlngkah caranya sudah...hihihi..


n0n-bake peach cheese cake..

Bahan-bahan
Lapisan biskut
1 ½ cawan (210gm) biskut marie }kisar halus
1/2 cawan (100gm) mentega }dicairkan
1 sudu (15gm) makan gula kaster


Kek
250gm cream cheese
1/2 cawan (100gm) gula aicing
200gm krim putar (whipping cream)
1 sudu kecil sunquick
1 1/2 sudu gelatin dan 100ml air panas
6 ketul buah pic dalam tin } dadu/cincang halus

Hiasan
6 ketul buah pic dalam tin } hiris

Cara-penyediaan

Gaulkan lapisan biskut dan padatkan dalam acuan kek keju (springform) bersaiz 8 inci. Sejukkan dalam 20 minit dlm peti sejuk.
Untuk kek, pukul keju dan gula sehingga lembut.
Kemudian masukkan jus oren dan krim. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
Bancuh gelatin dan air panas sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian masukkan dalam adunan keju dan kacau sehingga sebati.
Masukkan buah pic yang didadu dan kacau sebentar sahaja. Kemudian tuangkan atas lapisan biskut.
Sejukkan dalam peti sejuk sehingga set / keras.
Keluarkan kek dengan meleretkan pisau panas di sekeliling tepi kek. Kemudian hiaskan hirisan buah pic atas kek.

0 ulasan: