BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 16 Julai 2012

~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~


~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~
Sumber ilham: Pn. Rahayu Samsu @ Rahayu Sesuci Kasih Abadi.

Bahan2:-
1) 20gm agar2 bertali ~ potong kecil2.
2) 1500ml air (5 1/4 cwn)
3) 3/4 cwn gula pasir.
4) 250ml susu cair.
5) 1 biji telur.
6) 120gm milo.
7) 120gm horlick.
8) Acuan puding & Loyang.

Cara2nya:-
1) Agar2 bertali dipotong kecil2, gula dan air di masak sehingga agar2 hancur dan mendidih.
2) Blenderkan telur dgn susu cair dan masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.
3) Bahagikan adunan agar2 kepada 2 bahagian (Ayu masukkan 1/2 adunan di periuk kecil yg lain lagi, jadi bermakna sdh ada 2 adunan yg berlainan periuk.
4) Campurkan milo dan horlick di adunan yg berasingan tadi. Kacau2kan sehingga sebati dan hancur.
5) Basahkan acuan atau loyang terlebih dahulu dan masukkan adunan milo ke dalam acuan tadi dan keraskan.
6) Setelah adunan milo keras, masukkan lagi adunan horlick juga sama banyak mgikut sukatan cawan atau bekas yg sama size. Keraskan lagi dan ulanggi proses melapis sehingga kedua2 adunan habis.

** Ayu mengunakan 2 acuan yg sama size dlm adunan ini.... jika mgunakan acuan yg lebih besar atau loyang, adunan ini cukup2 utk satu acuan besar bersize 8".
** Ayu keraskan adunan di dlm frezer beku supaya proses keraskan agar2 lebih cepat.
** Sebelum melapis, pastikan adunan kedua2 agar2 di dalam periuk tadi cair, pasang api gas dan cairkan baru di masukkan dlm acuan....

SELAMAT MENCUBA....

0 ulasan: