Sumber Resepi : Kak Ct Delima
Bahan Lapisan Susu : ILA BUAT 2 KALI...1 UTK LAPISAN BAWAH DAN 1 UTK LAPISAN ATAS....
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila(ILA GUNA PERISA PANDAN)
Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.(ila tukar ke perasa pandan)
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.
Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai
Cara-Cara :
- Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. biarkan 2/12 cawan dlm periuk dan bila agak pekat boleh di panaskan dgn api kecil... ILA BIARKAN PUTIH.....
- Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
- Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² putih dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
- Bila adunan agar² putih dah hampir keras letakkan 1 LAGI LAPISAN AGAR2 SUSU...
- BOLEHLAH DI SEJUKKAN.....DAN DI MAKAN...
0 ulasan:
Catat Ulasan