- 10 ekor udang dikupas kulit
- 3 btg isi ketam
- 4 ekor sotong dihiris2...di buang hitamnya
- 1 botol prego cendawan(yang kecil)
- cendawan butang (sebanyak yang suka)
- 1biji tomato (potong dadu)
- 1/2 biji lobak merah (dihiris halus)
- 1 labu bwg besar(cincang halus)
- 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 sudu kecil serbuk oregano
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 3 sudu sos cili
- Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - ila celur sekejap dulu tp bila dah lembut ila keluarkan 1 persatu dan terus pisah2kan sbb nanti dia melekat..
- 1 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
BAHAN SOS PUTIH
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
- 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
- 1-2 cawan susu segar/susu cair
Cara-cara
- Panaskan oven
- Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan kemudian masukkan daging cincang.
- Masukkan 1 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam
- Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
- Masukkan tomato dan lobak masak hingga kuah pekat padamkan api.
- Sediakan sauce putih, panaskan.
- Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
- Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
- Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
- Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
- masukkan daging yg dah simasak tadi dan tuang sedikit sos putih, keju mozzarella dan keju parmesan....tadi.dan ulang sampai 3 lapisan...
- Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna DAN 3 JENIS KEJU TADI YA
- Bakar dalam oven 120 selama 40 minit, atau sehingga masak...
- Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak sos putih tu tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat . ok SELAMAT MENCUBA....
0 ulasan:
Catat Ulasan