BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 31 Disember 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 15 DAN SELAMAT TAHUN BARU SEMUA......

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA......AKHIRNYA TAHUN BARU 2012 MENJELMA JUA....RINDU SANGAT DGN BLOG ILA NI...SETELAH BEBERAPA HARI TAK MEMBUKANYA...ALMAKLUMLAH SIBUK SANGAT PI CUTI2 MALAYSIA...HEHEHE....APA AZAM KORANG TAHUN NI....? ILA NI,,,TAK ADALAH AZAM YG HEBAT2 SANGAT...CUMA INGIN MENJADIKAN RUMAHTANGGA ILA NI PENUH DGN KEBAHAGIAAN ....ALMAKLUMLAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 15 TELAH TIBA SEMLM.....SEMOGA DGN KETIBAANNYA AKAN MEMATANGKAN DAN MENGERATKAN LAGI KASIH SAYANG ANTARA ILA DAN SUAMI...ALMAKLUM SAJALAH....DI SEPANJANG 15 TAHUN BERSAMA MCM2 YG TELAH DI LALUI....SUKA DUKA...SUSAH SENANG DAN KAMI PUN SALING MELENGKAPI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING2....ANAK2 PUN SEMAKIN MEMBESAR....SEMOGA ANAK2 PUN BERJAYA DLM PELAJARAN DUNIA DAN AKHIRAT......ILA MEMOHON PADA ALLAH SEMOGA RUMAH TANGGA ILA  DAN PERJALANAN KEHIDUPAN ILA, SUAMI DAN ANAK2 SERTA ORG2 YG ILA KENALI AKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH DR SEGALA DUGAAN YG MANA  KITA TIDAK MAMPU UTK MENGHARUNGINYA....LANTARAN AKAN MENYEBABKAN KITA SEMAKIN JAUH DR ALLAH....AMINNNNNNN.......OKLAH....SELAMAT TAHUN BARU SEMUA....

Rabu, 28 Disember 2011

IKAN GORENG BERLADA

                                                                                                                                                                        
3 ekor ikan yg dah siap digoreng(sebelum tu jgn lupa lumur dgn ikan,garam,kunyit dan asam)
1/2 biji bwg besar dihiris..
sedikit belacan(ditumbuk)
1 bulas bwg putih(ditumbuk)
6 biji cili api (ditumbuk)
garam, gula dan perisa(ila guna i/2 kiub pati ikan bilis)
6 sudu besar minyak

cara memasaknya:
masukkan minyak dan tumiskan bwg besar tadi seketika...masukkan bhn yg dah siap di tumbuk tadi...masak dlm 2 minit...sambil di gaul...masukkan garam, perasa dan gula...gaul rata ...masukkan ikan dan sebatikan...padamkan api dan siappppp....selamat mencuba...

TERUNG BAKAR BERTELUR DGN KUAH SOS....

                                                                                                         
3 biji terung panjang di belah 4(dipanggang hingga kulitnya kehitaman...supaya mudah dikopek)
1/2 biji bwg besar
1 ulas bwg putih dicincang
2 biji telur di pukul dan di masukkan sedikit garam dan perisa
5 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
garam, gula dan perisa(ila masukkan 1/2 kiub pati ikan bilis)
minyak
air

cara membuatnya;
celupkan terung yg dah di kopek kulit kehitamannya ke dlm telur...masukkan sedikit minyak kedlm kuali...dan masukkan terung yg dah di celup telur tadi....dan tuang lebihan telur ke atas terung tadi...goreng mcm goreng telur dadar...bila dah kekuningan...pisah2kan terung yg melekat tadi...angkat kedlm pinggan....kemudian masukkan sedikit minyak dan tumiskan bwg besar dan bwg putih....masukka sos cili dan sos tiram serta kicap...tuangkan sedikit air supaya kuah tak terlalu pekat...masukkan garam, gula dan perisa...biarkan mendidih dan bolehlah padamkan api....selamat mencuba ya....

Selasa, 27 Disember 2011

LABU MASAK LEMAK BERJAGUNG

  
       bhn2nya;
1/2 biji labu saiz kecil
2 btg jagung
daun pucuk manis dlm 1 mangkuk sedang
1 cwn santan pekat
3 cawan santan cair
1 ulas bwg putih di tumbuk
2 ulas bwg merah di tumbuk
sedikit halia di tumbuk
segenggam udang kering di tumbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 batang serai di ketuk
sedikit minyak
garam dan perisa atau pati ikan bilis

cara memasaknya:
tumiskan bhn2 yg dah ditumbuk dan serai hingga agak kekuningan...masukkan labu dan jagung ...tuangkan santan cair....biarkan mendidih dan masukkan serbuk lada putih...garam dan perisa(ila tak letak tp gantikan dgn 1 kiub pati ikan bilis)....masak sampai labu lembut dan bila dah lembut bolehlah dimasukkan santan pekat...dan daun pucuk manis...biarkan mendidih sekejap dan terus matikan api...siap....SILALAH MENCUBA UNTUK HIDANGAN HARIAN BUAT SUAMI DAN ANAK2......

AYAM CENDAWAN MASAK LADA HITAM...

                                                                                       
6 KETUL AYAM YG DAH SIAP DI GORENG ...(PASTIKAN DAH LETAK GARAM, KUNYIT DAN ASAM JAWA...BARU DI GORENG YA)
2 SUDU BESAR CILI KISAR...( TAK ADA PUN APA)
1/2 BIJI BWG BESAR
2 BIJI BWG PUTIH DI CINCANG
5 SUDU SOS LADA HITAM
1 1/2 SUDU SOS TIRAM
2 SUDU SOS CILI
2 SUDU KICAP
4 BIJI CENDAWAN BUTANG DI HIRIS NIPIS(BELI YG DLM TIN JAK SENANG)
SEDIKIT HALIA
1 BIJI HIJAU MERAH DIHIRIS
1/2 BIJI LADA BANGGALA DIHIRIS MEMANJANG(TAK ADA PUN TAK APA)
1 BIJI TOMATO SAIZ SEDERHANA DI BELAH 4
KACANG PEAS 5 BIJI...DI BUANG HUJUNGNYA YA
SUKU BTG LOBAK MERAH...(TAK ADA PUN TAK APA)
1 KIUB PATI AYAM(TAK ADA PUN TAK APA)...GANTIKAN JAK DGN GARAM DAN PERASA...
1/2 CAWAN AIR...
SEDIKIT GULA

CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BWG BESAR DAN BWG PUTIH HINGGA NAIK BAU...MASUKKAN HALIA DAN KACAU LAGI. MASUKKAN CILI KISAR....GORENG SEKETIKA...MASUKKAN SOS LADA HITAM, SOS TIRAM DAN SOS CILI SERTA MASUKKAN KICAP....KACAU RATA...MASUKKAN KACANG PEAS, CENDAWAN, LADA BANGGALA,CILI HIJAU LOBAK YG DIHIRIS MEMANJANG,TOMATO DAN....MASUKKAN AIR DAN KIUB PATI AYAM...DAN KACAU...BIARKAN MENDIDIH...SIAPPPPPP DAN BOLEHLAH TERUS DIHIDANGKAN DGN NASI PANAS2...TAK PAYAH MASAK SAYUR LAGI...SBB...SEMUA DAH ADA....SELAMAT MENCUBA....

*KALAU NAK KUAH LEBIH...BOLEH TAMBAHKAN AIR,SOS CILI, SOS TIRAM DAN SOS LADA HITAM.... YA...

Sabtu, 24 Disember 2011

CHICKEN ROASTER ROSEMARY...

mixed fruit cupcake

 
                                                            
Hari ini...apa yang kita ada???heeee:)..semalam  & hari ni x berapa nk sihat...entahlah kenapa..jawabnya anak ila jgak yg buat cupcake ni...sbnarnye...ni resepi dr Kak Puteri Manja,tpi ila ubah-ubah cikit...hasilnya lembut sngt...tengah menunggu tetamu ni sbnarnya..rupa2nya dh pukul 5 ptg..patutlah rse penat semacam...dr pagi tadi buat kerje...malam ni ila nk masak lagi...x pe..tu x yah cerita...j0m kita teng0k resepi CUPCAKE ni...              
MIXED FRUIT CUPCAKE
250gm mentega
1 s/k esen vanila
220gm gula perang
3 bj telur gred A
185gm tpg gandum+150gm tpg kek-ayak
80ml susu segar
260gm buah2an campuran kering
3 biji buah oren , 2 sudu besar oren sunquick,1 sudu kecil pewarna kuning...

-tabur sdkt sahaja tpg ayak td pd buah2an.gaul.ketepikan.
-pkl mentega,gula dan esen vanila hgga kembang.
-msk telur satu per satu smbl d pkl.
-msk susu berselang seli dgn tepung..gaul perlahan2.dgn senduk je. masukkan jus oren, sunquick dan perwarna kuning...gaul rata
-msk buah2an campuran,gaul rata.
-tuang dlm paper cup
-bakar ikut oven masing2...
            
SELAMAT MENCUBA....:)

Jumaat, 23 Disember 2011

STRAWBERRY LIGHT CHEESE CAKE

 
 
        Ini salah satu hidangan yang akan ila hidangkan kat tetamu...nmpak sedapkan...haa..ini pulak resepi dr kwn fb :Ani Sanusi...dh selalu buat cotton cheese cake..hari ini try jugaklah resepi ni...mari lihat ya....sila2 mencuba..                                                                                                                                                                     BAHAN2: LOYANG 7 INCI

4-5 keping slice cheese ( saya guna 125 g cream cheese philadelphia- xda slice cheese )
200 ml susu segar strawberry ( saya guna susu sekolah anak yg susu putih hehe..tiada stok d rumah )
70 gm butter / marjerin ( saya guna marjerin )
70 gm tepung gandum - ayak dahulu
70 gm gula ( saya guna gula halus yg d blend )
4 biji telur ayam ( saya guna 3 biji gred A)
1 sudu teh strawberry emulco,(klu guna susu strawberry tak perlu),
beberapa titik esen vanila.

CARA-CARANYA:

1.Sediakan loyang & glis (saya ikut cara Hasue, lepas sapu marjerin /minyak taburkan tepung rata2)

2.Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.(guna hand wisk) Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.(d sini saya masukkan terus strawberry emulco)

3.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi merinque.

4.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul,akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.

5.Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,(saya guna 150 C slama 40 minit bergantung pada suhu oven masing2 ya..bakar shingga masak- saya ada tmbah beberapa minit lg..)

6.Uji kek dgn mencucukkan lidi k dalamnya jika lidi keluar bersih tandanya dah masak..cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. masukkan loyang adunan ke dalam loyang lebih besar dan tuangkan air panas k dalam loyang yg lebih besar tu..

7.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya...:)
 
*ILA GUNA LOYANG 8 INCI...TU YG NAMPAK NIPIS SIKIT...

Khamis, 22 Disember 2011

jalan...jalan...dan berjalan lagi.....

MAAF SEMUA YG MENGUNJUNGI BLOG ILA NI....SEBAB BELUM ADA GAMBAR DAN RESEPI MAKAN YG ILA MASUKKAN SEJAK 2,3 HARI NI KAN....SIBUK PI BERJALAN GITU...HEHEHE...APA PUN ESOK INSYAALLAH ILA AKAN MASUKKAN APA2 YG PATUT YA...OK SEMUA...SELAMAT BERCUTI....

Selasa, 20 Disember 2011

pizza roti gardenia isi ketam

Pizza roti gardenia isi ketam

Roti Gardenia
4 btg isi ketam dihiris2
Sayur Campur
1/2 biji bwg besar didadu
Mayonis
Sos cili Thai
Keju Cheddar
Keju Mozarella

Kertas baking paper (untuk alas dalam loyang masa membakar)

Cara membuatnya
tumiskan bwg besar dgn sedikit minyak...masukkan sayur campur...dan isi ketam...masukkan garam dan perisa...gaul sebati...

Ambil beberapa keping roti Gardenia, sapukan dengan sos cili Thai.

tabukan dengan keju cheedar dan keju mozarella, picitkan Mayonis dan akhir selaki sos cili thai.

Panaskan oven terlebih dahulu (BERGANTUNG PADA JENIS OVEN SBB SUHU DIA X SAMA)

yg penting kita pegang roti tu dah garing bolehlah diangkat ya...

Bila masak, boleh hidangkan panas2.....

Isnin, 19 Disember 2011

MEE GORENG SABAH......SIMPLE...

                                                                                          
1/2 BUNGKUS KECIL MEE KUNING...DIREBUS LEMBUT
2 BIJI BWG MERAH DITUMBUK
4 BIJI CILI API(NAK LEBIH PUN BOLEH) DI TUMBUK...
1 BIJI BWG PUTIH DITUMBUK
1 GENGGAM UDANG KERING...DITUMBUK...
 4 SUDU BESAR MINYAK MASAK
KICAP
GARAM
PERASA ATAU SERBUK PATI AYAM

UTK HIASAN...
SOSEJ DAN TELUR....KLU ADA SAYUR SAWI ATAU TAUGE...BOLEH MASUKKAN...

CARA MEMASAKNYA:
TUMISKAN BAHAN TUMBUK HINGGA NAIK BAU DAN KEKUNINGAN....MASUKKAN MEE KUNING YG DAH DILEMBUTKAN TADI...GAUL SEKETIKA...MASUKKAN KICAP, GARAM, PERASA....GAUL SEBATI....BILA DAH SEMUA SEBATI....GORENG2 SEKEJAP DA
N BOLEH MATIKAN API...SIAP UTK DIHIDANGKAN...DGN APA2 YG DIINGINKAN

AYAM PADPRIK...MY STYLE...LAGI OOO...

                                                                                           
BAHAN2:
*300 GRAM AYAM
*1/2 BATANG LOBAK MERAH(DIHIRIS SUKA HATI KORANG LAH...)
*5 BIJI KACANG PES
*1 BIJI CILI MERAH(DIHIRIS)
*1 LABU BAWANG MERAH (DIHIRIS)
*SEDIKIT BUNGA KOBIS(DIPOTONG KECIL)
1 BIJI TOMATO SEDANG DI BELAH 4....

BAHAN SOS:
*1/2 KIUB TOMYAM
*3 SUDU BESAR KICAP
*8 SUDU BESAR SOS CILI
*4 SUDU BESAR SOS TIRAM
*3 HELAI DAUN LIMAU PURUT
*1 BATANG SERAI(DIKETUK)
*3 BIJI CILI API(DIKETUK)
*2 ULAS BAWANG PUTIH(DICINCANG)
*1CAWAN AIR
*4 SUDU BESAR MINYAK MASA.
*GARAM
*GULA
*SERBUK PATI AYAM(KALAU X ADA...PERASA PUN BOLEH)


CARA MEMASAKNYA:
*TUMISKAN BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH & SERAI HINGGA WANGI
*MASUKKAN AYAM & DAUN LIMAU PURUT.... KACAU RATA.MASUKKAN AIR.BIARKAN MENDIDIH.
*MASUKKAN LOBAK MERAH,KACANG PES,KICAP,KIUB TOMYAM,SOS CILI & SOS TIRAM.BIARKAN MENDIDIH.MASUKKAN SAYUR-SAYURAN & TOMATO.....KACAU RATA.BIARKAN MENDIDIH LAGI.
*MASUKKAN GARAM,GULA & SERBUK PATI AYAM
*SELESAIIII!!!!!

PAJERI NENAS

                                                                                   


1 BIJI NENAS SAIZ KECIL(KLU MASAM REBUS DULU...PASTU BUANG AIRNYA)MASAKAN ILA NI TAK REBUS DULU SBB NENASNYA TAK MASAM...
5 ULAS BWG MERAH*
2 ULAS BWG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
3 SUDU BESAR KERISIK
SEGENGGAM UDANG KERING
1 CWN SANTAN PEKAT
1 CWN AIR...
3 SUDU KARI IKAN
11/2 SUDU CILI KISAR
GARAM,GULA DAN PATI IKAN BILIS(KLU TAK ADA PERASA PUN BOLEHHHH JAK)

CARA MEMASAKNYA:
TUMISKAN BAHAN YG BERTANDA*....MASUKKAN CILI KISAR...TUMIS SEKETIKA DAN MASUKKAN SERBUK KARI DAN TUMIS HINGGA NAIK MINYAK...MASUKKAN AIR DAN BIARKAN MENDIDIH...MASUKKAN NENAS...DAN AGAK2 NENAS DAH AGAK LEMBUT...MASUKKAN SANTAN DAN KERISIK...GAUL LAGI...MASUKKAN GARAM,GULA DAN SERBUK PATI IKAN BILIS...MASAK HINGGA AGAK PEKAT TP KENA SENTIASA DI GAUL.....DAN SIAP UTK DIMAKAN.....

Ahad, 18 Disember 2011

SAYUR CAMPUR MY STYLE....:)

                                                                                      

SEDIKIT BUNGA KOBIS DI POTONG KECIL*
SETENGAH BTG LOBAK MERAH DIHIRIS*
SEDIKIT BROKOLI DI POTONG KECIL*
SEDIKIT KACANG PEAS*
SEDIKIT CENDAWAN DI CARIK2*
6 EKOR UDANG
SEDIKIT LADA BANGGALA MERAH  DIDADU BESAR*
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS*
1 BIJI BWG PUTIH DICINCANG
2 SUDU SOS TIRAM
1 CWN AIR
GARAM
SEDIKIT SERBUK PATI AYAM

CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BAWANG MERAH DAN PUTIH HINGGA KEKUNINGAN....MASUKKAN  UDANG DAN GORENG HINGGA AGAK KEKUNINGAN....MASUKKAN BHN YG BERTANDA'*'...GAUL SEBATI DAN MASUKKAN AIR...DIIKUTI DGN SOS TIRAM,GARAM DAN SERBUK PATI AYAM...BIARKAN MENDIDIH SEKETIKA DAN BOLEHLAH PADAMKAN API...BOLEHLAH DIHIDANGKAN....


LASAGNA SEAFOOD >>>

                                                                                      
  • 10 ekor udang dikupas kulit
  • 3 btg isi ketam
  • 4 ekor sotong dihiris2...di buang hitamnya
  • 1 botol prego cendawan(yang kecil)
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 1biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1 labu bwg besar(cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa 
  • 3 sudu sos cili
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - ila celur sekejap dulu tp bila dah lembut ila keluarkan 1 persatu dan terus pisah2kan sbb nanti dia melekat..
  • 1 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup) 

 BAHAN SOS PUTIH
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar/susu cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 1 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam 
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan tomato dan lobak masak hingga kuah pekat padamkan api.
  7. Sediakan sauce putih, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12.  masukkan daging yg dah simasak tadi dan tuang sedikit sos putih, keju mozzarella dan keju parmesan....tadi.dan ulang sampai 3 lapisan...
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna DAN 3 JENIS KEJU TADI YA
  14. Bakar dalam oven 120 selama 40 minit, atau sehingga masak...
  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak sos putih tu tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat . ok SELAMAT MENCUBA....

Sabtu, 17 Disember 2011

SPAGETI CARBONARA

                                                                                      
NI HIDANGAN MAKAN MALAM SEMALAM...ENTAH KENAPA SEMLM...BOSAN SANGAT DAH TU PENYAKIT MALAS PUN DATANGLAH....FIKIR2 NAK MASAK APA...AKU PUN MASAKLAH SPAGETI CARBONARA NI ....NI PUN SEBENARNYA BARU PERTAMA KALI AKU CUBA MEMBUATNYA....TP ALHAMDULILLAH RASANYA SEDAP JUGALAH...TP KLU ILA YG SUKA PEDAS2 NI MEMANG KURANG SIKIT...SEDAPPP LAGI SPAGETI BOLOGNES YG ILA BUAT HARI TU...TP JGN TAK TAU...KLU HIDANGKAN DGN ANAK2 PASTI LICIN...ANAK ILA CAKAP APA SEMLM...'' MUMMMY3X TAK SEDAPLAH...TU YG KAKAK MAKAN SAMPAI LICIN...SIAP TAMBAH 3 KALI LAGI HEHEHEH''...HAHAHAH....MCM2 PERANGAI ANAK2 ILA NI...OKLAH SELAMAT MENCUBA SEMUA...

1/3 BUNGKUS SPAGETI DI REBUS DAN DI CAMPURKAN SESUDU BESAR MINYAK...
1 BOTOL KECIL SOS CARBONARA CENDAWAN
1/2  BUNGKUS DAGING KISAR
1/2 LABU BWG MERAH DIDADU
1 BIJI BWG PUTIH DI CINCANG
4 BIJI CENDAWAN DI DADU
1 CWN SUSU SEGAR +1 CWN AIR
GARAM
SEDIKIT PATI AYAM
LADA SULAH
1 SUDU KECIL SERBUK OREGANO
SETENGAH BTG LOBAK DI HIRIS MEMANJANG
1/4 BIJI LADA BENGGALA HIJAU DI DADU KECIL
PARMESAN CHEESE SECUKUPNYA

CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BWG PUTIH DAN MERAH HINGGA KEKUNINGGAN.....MASUKKAN DAGING DAN LADA SULAH...GAUL SAMPAI MASAK DAN MASUKKAN SOS CARBONARA DAN SUSU CAIR DAN DI TAMBAH DGN AIR TADI...GAUL SEBATI....MASUKKAN LOBAK, CILI BANGGALA DAN CENDAWAN...MASUKKAN JUGA SERBUK OREGANO DAN GARAM SERTA SEDIKIT SERBUK PATI AYAM...GAUL SEBATI DAN BIARKAN MENDIDIH.... MASUKKAN SPAGETI YG DAH DIREBUS TADI DAN TERUS GAUL SEKATA...TP JGN SAMPAI KUAH TU MENJADI KERING...KLU NAMPAK DAH SEBATI SEMUA BOLEH MATIKAN API DAN DIHIDANGKAN...JGN LUPA TABURKAN PARMESAN CHEESE...SEBELUM MEMAKANNYA UTK RASA YG LEBIH SEDAPPPP....SELAMAT MENCUBA...

Jumaat, 16 Disember 2011

MASAK LEMAK CILI API PISANG DGN IKAN KERING

                                                                                   ASSALAM SEMUA...PERNAH MAKAN PISANG YG DIJADIKAN SAYUR TAK?...MCM SAYUR  ILA KAT ATAS NI....SEBENARNYA DULU2...PERNAH JUGA MAK ILA MASAK MCM NI...TP JARANG2LAH...MASA TU ILA MEMANG TAK SUKA ...MUNGKIN SBB MASA TU ILA KANAK2 LAGI...SELEPAS ILA PINDAH KE NILAI NI...DAN DIBERI OLEH JIRAN SEBELAH ILA SAYUR NI...BARULAH ILA TERASA KESEDAPAN SAYUR NI TAU...AL MAKLUMLAH ORG NEGERI SEMBILAN NI SEMEMANGNYA SINONIM DGN MASAK LEMAK CILI APINYA YG SEDAPKAN...TP RESEPI NI TELAH ILA UBAHSUAIKAN MENGIKUT CITARASA ILA...KLU KORANG RASA NAK CUBA..BOLEHLAH YA.... 

I SISIR PISANG(NAMANYA KEMUDIAN YA)DICUCI BERSIH KULITNYA...DAN BOLEHLAH KUPAS KULIT PISANG CARA MEMANJANG...SBB KITA AMBIL KULITNYA SEKALI YA...DAN ISINYA IKUT SUKA KORANGLAH NAK HIRIS MCM MANA..
3 BIJI BWG MERAH DI TUMBUK HALUS
2 BIJI BWG PUTIH DITUMBUK HALUS
SEDIKIT HALIA DITUMBUK HALUS
1 BTG SERAI DI KETUK SEDIKIT
1 EKOR IKAN KERING(SUKA HATILAH NAK IKAN APA..PALING ELOK YG BERISI)DI POTONG KECIL DAN JGN LUPA CUCI YA
SANTAN SECUKUPNYA(MAKSUDNYA...KLU NAK KUAH BYK...LETAKLAH BYK2 YA)HEHEHE
4 BIJI CILI API(NAK LEBIH PUN BOLEH) DI TUMBUK HALUS
1 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT
GARAM,GULA DAN PERASA/PATI IKAN BILIS

CARA MEMBUATNYA:
REBUSKAN PISANG HINGGA AGAK LEMBUT...MATIKAN API DAN TUANG KELUAR AIR REBUSAN PISANG TADI...TUMISKAN BAHAN YG TELAH DITUMBUK HALUS TADI HINGGA NAIK BAU....MASUKKAN IKAN KERING...GORENG SEKEJAP...MASUKKAN PISANG TADI DAN SANTAN....MASUKKAN KUNYIT, GARAM, SEDIKIT GULA DAN PERASA TP ILA GUNA PATI IKAN BILIS JAK...DIDIHKAN DAN SIAPPPPPP....BOLEHLAH MAKAN DGN NASI PANAS2 DAN IKAN GORENG DGN SAMBAL BELACAN SEDAPPPP SANGAT....
                

KEK KUKUS MARBLE COKLAT CHEESE

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA...KEK NI HASIL KERJA ILA SEMALAM...KEK YG TAK MENJADI MARBLENYA KERANA TAK IKUT CAKAP TUAN PUNYA RESEPI...PADAN DGN MUKA ILA NI KAN...TULAH...LAIN KALI KALAU BUAT KEK...IKUT CAKAP TUAN PUNYA RESEPI HEHEHE...TAKLAH JADI MCM KEK ILA NI...TP NAK KATA JUGA KWN2...YG KEK NI...MEMANG SEDAPPPP...ALMAKLUMLAH ADA CAMPURAN CHEESE...MASUK DLM PETI AIS DAN MAKAN SEJUK2...SEDAPPPPP OOOOOO....RESEPI ILA DAH SERTAKAN...KORANG BILA LAGI NAK BUAT....TP IKUT ARAHAN NI BETUL2 TAU...NANTI KEK KORANG JADI CANTIK SANGAT.....

~ KEK KUKUS MARBLE COKLAT CHEESE

Resepi:  ~ Ani Sanusi.
Olahan: Pn. Rahayu Samsu.



Bahan2 (A) ~ Loyang 8"

1) 200gm mentega/marjerin.
2) 20gm serbuk koko ~ ayak 2x.
3) 200gm gula kastor.
4) 4 biji telur.
5) 230gm tepung naik sendiri ~ ayak 2x.
6) 1 sudu teh baking powder ~ ayak 2x.
7) 1 sudu teh soda bikarbonate ~ ayak 2x.
8) 1 sudu teh esen vanila.
9) 200ml susu segar (susu kotak)/ila guna susu cair jak

Bahan2 (B)
1) 250gm krim keju (cheese) ~ Philadelphia (suhu bilik)
2) 60gm gula kastor.
3) 1 sudu teh esen vanila.
4) 1 biji telur.
5) 2 sudu teh susu segar ~ ambil dri bahan (A) tu ja.

Cara2nya:-
1) Pukul butter n gula sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3) Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder n soda bikarbonate yg telah dia ayak 2x dan esen vanila di selang seli dgn susu segar sehingga habis. Pukul sebati. ketepikan.
4) Di sebuah bekas (mangkuk) yg lain, pukul krim keju (cheese) dan gula sehingga sebati.
5) Masukkan esen vanila, telur dan 2 sudu teh susu segar yg di ambil dri sebahagian 200ml susu dri bahan (A). Pukul lagi sehingga sebati. ketepikan.
6) Tuangkan adunan bahan (A) dan (B) berselang seli sehingga habis dlm loyang 8" yg telah di gris minyak n di atas kertas minyak dan bila dah siap....gorang2kan loyang tu ya...tp jgnlah terlebih goyang sangat...sikit dahlahhhhhhh....
7) Panaskan air kukusan dan bolehlah di kukus dalam 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

Tip ~ Untuk pastikan kek kita masak, sila test dgn lidi sate n cucuk di bahagian tengah kek, jika lidi sate dikeluarkan dlm keadaan bersih n licin, bermakna kek kita sdh masak dgn sempurna.

SELAMAT MENCUBA....

Sekadar hanya utk berkongsi ilmu masakan....

Khamis, 15 Disember 2011

KARIPAP ISI KENTANG

SELAMAT PAGI SEMUA.....ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIIZINKAN BERTEMU DI PAGI YG INDAH INI...APA SARAPAN KORANG HARI NI?......ILA BUAT KARIPAP KENTANG JAK...UTK BEKAL EN SUAMI PI KERJA...AL MAKLUMLAH...SUAMI ILA NI MEMANG PEMINAT KARIPAP....SEKALI HADAP 10 BIJI PUN BOLEH HABIS HEHEHEHE....JOM....JOM...JOM TENGOK RESEPI:....

6 BIJI KENTANG SAIZ BESAR DI REBUS DAN DI LECEK...
1 BIJI BWG BESAR DIDADU
2 BIJI BWG PUTIH DI CINCANG
1 GENGGAM UDANG KERING
3 SUDU BESAR PENUH SERBUK KARI IKAN(DI GAUL DGN SEDIKIT AIR)
1 CWN AIR
3 SUDU BESAR MINYAK UTK MENUMIS
GARAM, GULA DAN PERISA SECUKUPNYA

CARA MEMBUATNYA
TUMISKAN BWG PUTIH DAN MERAH,,,HINGGA NAIK BAU...MASUKKAN UDANG KERING...GORENG LAGI.....MASUKKAN SERBUK KARI...GAUL LAGI HINGGA NAIK MINYAK....MASUKAN AIR.....DAN KENTANG...GARAM,GULA DAN PERISA...MASAK HINGGA AIR KERING...DAH SIAP...BOLEHLAH DI JADIKAN INTI KARIPAP...
*RESEPI KULIT KARIPAP ILA TAK SERTAKAN...SBB ILA DAH MASUKKAN SEBELUM NI...SILA TENGOK DI RESEPI KARIPAP OOOOO KARIPAP YA*







:

SOTONG MASAK HITAM

                                                                                    
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..KORANG SUKA MAKAN SOTONG...ADA YG SUKA MAKAN DAKWAT SOTONG, ADA YG TAK SUKAKAN...TP YG PENTING DISI...ILA MEMANG SUKA..TU SBB TERMASAKNYA HIDANGAN SOTONG MASAK HITAM NI...DAN ALHAMDULILLAH MASAKKAN NI DIGEMARI OLEH SUAMI DAN ANAK2 ILA...BIASALAH KAN...KITA MEMANG SUKA MEMASAK MAKANAN YG DI GEMARI OLEH ORG2 YG KITA SYG...KLU ADA  YG RASA NAK CUBA ...DIPERSILAKAN YA AMBIL RESEPI KAT BAWAH..

SOTONG MASAK HITAM

10 EKOR SOTONG SAIZ SEDERHANA DI POTONG KECIL DAN JGN BUANG DAKWAT HITAMNYA YA
1/2 BIJI BWG BESAR DI HIRIS
1/2 BIJI BWG BESAR DIKISAR
2 BIJI BWG MERAH KECIL DIKISAR
2 ULAS BWG PUTIH DIKISAR
SEDIKIT HALIA DIKISAR
1 BATANG SERAI DIKISAR
4 BIJI CILI API DIKISAR(KLU SUKA PEDAS BOLEH JAK DI TAMBAH LAGI)
SEDIKIT BELACAN DIKISAR
1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT 
1/2 CAWAN AIR ASAM
GARAM
GULA 
PERISA

CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BAHAN KISAR HINGGA NAIK BAU...MASUKKAN BWG YG TELAH DIHIRIS TADI...GORENG LAGI HINGGA BWG LAYU... DAN MASUKKAN  CILI API DAN SERBUK KUNYIT....GORENG SEKEJAP DAN MASUKKAN SOTONG...GAUL LAGI DAN MASUKKAN 11/2 CAWAN AIR...BILA DAH MENDIDIH MASUKKAN GULA,GARAM DAN PERISA...PADAMKAN API...(JGN GORENG SOTONG NI LAMA SBB IA AKAN JADI LIAT...) SELAMAT MEMASAK....

COKLAT HOMEMADE...

                                                                                      
 CANTIK TAK COKLAT ILA......AMBOIII...PUJI DIRI SENDIRI NAMPAK...HEHEHE...SEBENARNYA LAMA DAH ILA NAK BUAT COKLAT NI...BUKANNYA SUSAH PUN...SENANG JAK...TP...TAHLAH...BELUM SAMPAI SERU KOT...TP AKHIRNYA...
TERBUATLAH JUGA...APA LAGI SERONOKLAH ANAK2 ILA...DAH DIA ORG MEMANG HANTU COKLAT...APA LAGI DAPAT BUAT SENDIRI...MASING2LAH NAK BUAT.....  JADI...JOMLAH KITA SAMA2 BUAT...RESEPI PUN DAH ADA NI...ANAK2 PASTI SERONOK.....

Homemade Coklat

Ilham: Ct Windu Kowang.
Sumber & Olahan 1: Pn. Rahayu Samsu.
Olahan ke 2 : Nor Azua Amlan

Bahan2:-
1) 500gm Coklat Selbourne Milk Chocolate/atau apa2 jenama coklatlah ya...(klu nak senang tanya jak pi di tempat jual bahan kek...coklat apa yg di gunakan utk buat coklat ya)
Warna Pink, Coklat dan Putih
2) Acuan coklat
3) Paiping Beg
4)kacang gajus yg dah di goreng dan kismis

Cara2nya:-

Sediakan acuan coklat. Cincang coklat dan masukkan coklat dlm bekas kecil n cairkan teknik double-boiler.

Bila dah cair. Tuangkan coklat warna pink ke dlm acuan separuh masukkan kacang gajus yg dah di goreng dan kismis.. keraskan sebentar, lepas tu masukkan warna coklat, sampai coklat memenuhi acuan. Ulangi proses sehingga habis. yg warna putih tu pun sama ya prosesnya...

Masukkan acuan yg berisi coklat tu tadi ke dlm peti sejuk beku selama 15 minit.

Keluarkan dari peti ais dan boleh di letak dlm bekas. Sedia untuk dimakan.SENANG SANGATKAN...APA LAGI CUBALAH...



Selasa, 13 Disember 2011

Jalan2 Cuci Mata.... Slideshow Slideshow

Jalan2 Cuci Mata.... Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Jalan2 Cuci Mata.... Slideshow Slideshow ★ to . Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

KEK SEMUT HITAM


1 biji buttercup,1 cwn gula,240gm tepung gandum,1 sudu kecil b/powder,10g susu tepung,3 biji telur,1 sk vanilla,1/2 cwn susu cair,3 sudu besar choc rice di gaul dgn sedikit tepung. CARA MBUATNYA: ayak tepung, susu tepung dan b/powder. pkl butter+gula-kembang.mskkan telur,vanila, dan susu cair berselang seli dgn tepung.sebatikan dan masukkan choc rice tadi gaul sebati dan tuang dlm loyang...bakar cara bain marie...selamat mencuba kwn2..

Ahad, 11 Disember 2011

WISH YOU WERE HERE...LIRIK...

Lyrics of Wish You Were Here – Avril Lavigne
I can be tough
I can be strong
But with you, it’s not like that at all
There’s a girl
who gives a shit
behind this wall
You’ve just walked through it
And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn’t think about it, just went with it
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
I love the way you are
It’s who I am, don’t have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss
All those crazy things you said
You left them running through my head
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn’t think about it, just went with it
You’re always there, you’re everywhere
But right now I wish you were here
[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
[Bridge:]
No, I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
(let go let go let go let go)
No, I don’t wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go
(let go let go let go let go let go let go let go)
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here (I wish you were)
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn,
What I’d do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I’d do to have you
near, near, near
I wish you were here.

lasagna daging...

Assalamualaikum semua...ni ila nak tunjuk sikit hidangan lasagna daging yg ila warwarkan nak buat kat fb...utk tetamu yg nak dtg tukan....ila nak cakap....lasagna ni sedappppppp sesangat....korang pernah makan pizza dgn spageti tak...haaaaaa.....mcm tulah rasanya...bila di gabungkan...dgn limpahan cheesenya yg berlapis2...aduiiii memang tak dapat di bayangkan keenakkannya....klu korang rasa2 nak cuba...jgn malu dan segan ya....ambillah resepi kat bawah...
  • 400g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego cendawan(yang kecil)
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 1biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1 labu bwg besar(cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah 
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa 
  • 3 sudu sos cili
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - ila rebus dulu tp bila dah lembut ila keluarkan 1 persatu dan terus pisah2kan sbb nanti dia melekat..
  • 1 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup) 

 BAHAN SOS PUTIH
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar/susu cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 1 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam 
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan tomato dan lobak masak hingga kuah pekat padamkan api.
  7. Sediakan sauce putih, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12.  masukkan daging yg dah simasak tadi dan tuang sedikit sos putih, keju mozzarella dan keju parmesan....tadi.dan ulang sampai 3 lapisan...
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna DAN 3 JENIS KEJU TADI YA
  14. Bakar dalam oven 120 selama 40 minit, atau sehingga masak...
  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak sos putih tu tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat . ok SELAMAT MENCUBA....

PAVLOVA CAKE..

MORNING2....APA KHABARNYA ORANG DI SANA...NGEH3..SEMALAM SEMPAT LAGI BUAT PROJEK SAMPAI 12 MALAM...NASIB BAIK MENJADI...THANX TO AZLITA MASAM MANIS....HARI NIH ADA TETAMU YG NAK DTG UMAH...SBB TU LARH..KE HULU KE HILIR...CARI BAHAN2...TP ILA SUKA SEKALI BILA DAPAT MENJAMU KAWAN2 DGN HIDANGAN YG SEDAP2.....TAK MAU BYK CERITA...JOM TENGOK RESEPI....


PAVLOVA

4 biji putih telur
3/4cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

KEK LAPIS 3 RASA

                                                                                       
NI 1 LAGI HIDANGAN KEK YG ILA NAK HIDANGKAN UTK TETAMU YG  NAK DATANG....DENGAN TEKUNNYA AKU MELAPIS KEK 3 RASA NI TAU HEHEHEHE...ALMAKLUMLAH...ILA NI BUKANNYA ORG YG SABAR DAN CUKUP TEKUN ORGNYA....NI PUN SELEPAS 15 TAHUN DR TAHUN YG PERTAMA KALI ILA BUAT KEK NI...BARU ILA BETUL2 RAJIN MEMBUATNYA LAGI.....TP BETUL ILA CAKAP...KEK NI MAMANG SEDAP SANGAT....ALAAAAA....ILA NIKAN SEMUA KATA SEDAPKAN....TP BETUL...INSYAALLAH SEMUA RESEPI YG DI KONGSIKAN DI BLOG ILA NI MEMANG SEDAP2 BELAKA....AL MAKLUMLAH..ILA NI KAN ORG YG SUKA MAKANAN YG SEDAP2...TP JUJUR NAK KATAKAN...KEBANYAKAN RESEPI ILA AMBIL DR FB DAN BLOG RAKAN2 ILA ...DAN ADA KETIKANYA...ILA TUKARKAN MENGIKUT KESESUAIAN WAKTU ITU....MAK AIII...BYK PULA ILA MEMBEBELKAN...OKLAH JOM TENGOK RESEPI...

Resipinyerrr:-
250 gm bettercup
1/2cawan gula kastor
1/2cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
4 biji telur gred A
1/2 sudu makan baking powder
1 cawan horlick
perwarna hijau secukupnya + pandan emulco*
perwarna kuning + 2 sudu besar nescefe yg dibancuh dgn 1 sudu air panas*
perwarna merah jambu+ 2 sudu besar serikaya*


cara membuatnya
Putar Butter+Gula sampai betul2 kembang dan gebu, pastu masukkan susu...pukul lagi...masukan telur satu persatu...kemudian  masukan tepung bersama baking powder, putar lagi ....akhir sekali masukkan horlick sekali.... kacau mengunakan sudip kayu sampai rata dan sebati,  bahagiakan  adunan ke 3 bahagian dan warnakan seperti campuran yg bertanda *...(loyang kukusan, sapukan butter dan taburkan tepung, kukus berlapis2...tp pastikan lapisan yg pertama dah masak baru masukkan adunan yg lain ya...)OK SELAMAT MENCUBA~

Sabtu, 10 Disember 2011

AYAM MASAK KURMA

                                                                                      
RESEPI AYAM MASAK KURMA NI ADALAH RESEPI TURUN TEMURUN KELUARGA ILA TAU...HEHEHE..TAK ADALAH...TP RESEPI NI MEMANG MAK ILA YG TURUNKAN KAT ILA...BAGI ILA DAN KELUARGA...SEDAPLAH TP BAGI ORG LAIN TAK TAULAH....JADI KLU NAK TAHU SEDAPKAH TIDAK...KENALAH MASAK IKUT RESEPI INI NI YA...

1 EKOR AYAM DIPOTONG KECIL DAN DAH SIAP DI GORENG SETENGAH MASAK...(SEBELUM GORENG TU ...LUMURKAN GARAM, KUNYIT DAN SEDIKIT ASAM JAWA YA)
SANTAN SECUKUPNYA DR 1 BIJI KELAPA (JADIKAN SANTAN PEKAT YA
SERBUK REMPAH KURMA 1 SETENGAH BUNGKUS KECIL  DIBANCUH DGN SEDIKIT AIR
6 BIJI BAWANG MERAH DIKISAR
6 BIJI BWG PUTIH DIKISAR
1 LABU BAWANG BESAR DIKISAR
HALIA SEBESAR 1BU JARI DIKISAR
2 BTG SERAI DIKISAR
SEDIKIT LENGKUAS DIKISAR
4 BIJI BUAH KERAS DIKISAR
KERISIK (MENGIKUT KEPEKATAN KUAH YG DIINGINKAN...JADI MASUKKAN SEDIKIT2...AGAR KUAH TAK TERLALU PEKAT
SEGENGGAM SUUN YG DAH DIRENDAM AIR SEJUK
4 BIJI CILI BESAR(HIJAU)
TOMATO 1 BIJI DI BELAH 4
3 CAWAN AIR

CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BHN2 YG TELAH DIKISAR TADI HINGGA NAIK BAUH DAN AGAK KEKUNINGAN...MASUKKAN REMPAH KURMA...DAN TUMIS HINGGA NAIK MINYAK...MASUKKAN AYAM DAN 3 CAWAN AIR...RENIHKAN DLM 5 MINIT...MASUKKAN SUUN, TOMATO DAN CILI HIJAU...MASUKKAN SANTAN PEKAT...MENGIKUT KEPEKATAN YG TUAN PUAN INGINKAN YA...PERLAHANKAN API DAN MASUKKAN KERISIK...MULA2 MASUKKN 3 SUDU KERISIK...TP KENA SENTIASA DI GAUL YA SBB TAKUT PECAH MINYAK...KLU NAMPAK KUAH MASIH CAIR...BOLEH TAMBAH KERISIK LAGI ...JADIKAN KUAHNYA SEPERTI YG ANDA SEMUA INGINKAN...MASUKKAN GARAM, PERASA DAN SEDIKIT GULA... GAUL RATA DAN BOLEH MATIKAN API...DAH SIAP PUN DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN UTK KELUARGA TERCINTA...

SAYUR TUMIS PUCUK PAKU DGN SARDIN

                                                                                                                              
1 ikat sayur pucuk pakis...dipotong kecil dan dibasuh bersih
1 tin kecil sardin
3 biji cili api
bawang merah 2 biji dihiris
bawang putih 1 biji dihiris
garam
gula
perasa
sedikit cuka/setengah biji air limau kasturi
cara membuatnya
Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau....masukkan sardin dan cuka...potong ikan sardin tu menjadi 2 atau 3 potong...masukkan sayur dan cili api...dan masukkan garam,gula dan perisa...bila daun pucuk paku dah lembut olehlah matikan api...JGN LUPA MENCUBA RESEPI YG MUDAH INI YA...

NASI HUJAN PANAS

                                                                                        

SELAMAT PETANG...MARI KITA LIHAT APA RESEPI HARI NI...YAAA...NASI HUJAN PANAS...HARAP2...TEMPAT ANDA TAK HUJAN PANAS....HE3...RESEPI NI...ILA AMIK DARI CHEF HANIELIZA....ILA SELALU JUGAK BELI BUKU2 MASAKAN DIA..CONFIRM JADI LAH...NAMPAK MENYELERAKAN TAK?KALAU DH BERKENAN..MARILAH CUBA RESEPI NI..ILA BUAT NASI NI..MASA ULANGTAHUN PERKAHWINAN ILA..URM...APA LAGI NK CELOTEH??RASA2,TAK PAYAH LAH NAK MEMANJANGKAN CERITA KAN...JOM..TENGOK RESEPINYA...SELAMAT MENJAMU SELERA...


BAHAN A:
-4 CAWAN BERAS BASMATI
-4 CAWAN AIR
-1/2 CAWAN SUSU CAIR
-3 BIJI TOMATO(DICINCANG)
-1 BATANG SERAI(DIKETUK)
-2 HELAI DAUN PANDAN(DISIMPUL)
-1 KIUB PATI AYAM
-1 SUDU KECIL GARAM
-PEWARNA HIJAU,MERAH & KUNING
-1 SUDU BESAR MINYAK SAPI
-2 SUDU BESAR MARJERIN

BAHAN B(BAGI MENUMIS):
-3 KUNTUM BUNGA CENGKIH
-3 BIJI BUAH PELAGA
-2 KUNTUM BUNGA LAWANG
-1 INCI HALIA(DITUMBUK)
-3 ULAS BAWANG MERAH(DITUMBUK)
-1 ULAS BAWANG PUTIH(DITUMBUK)

BAHAN C(SEBAGAI HIASAN):
-BAWANG GORENG
-DAUN BAWANG(DIMAYANG)

CARA MENBUAT:
-PANASKAN MINYAK SAPI & MARJERIN DI DALAM PERIUK.
-MASUKKAN BAHAN TUMIS,SERAI & DAUN PANDAN.GORENG HINGGA NAIK BAU
-MASUKKAN AIR & GARAM.BIARKAN HINGGA MENDIDIH
-MASUKKAN SUSU CAIR,KIUB AYAM,BUAH TOMATO,BERAS,KISMIS,& BERAS.KEMUDIAN KACAU RATA.
-MASAK SEPERTI NASI BIASA.
-APABILA NASI HAMPIR KERING,LETAKKAN SATU WARNA PADA SATU TEMPAT YANG BERLAINAN.
-BIARKAN HINGGA NASI MASAK & KERING.KEMUDIAN GEMBUR-GEMBURKAN SUPAYA WARNA TADI RATA PADA KESELURUHAN NASI.
-SEBELUM DIHIDANGKAN,HIASKAN DENGAN TABURAN BAWANG GORENG DAN DAUN BAWANG.

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENJAMU SELARA...:)

NASI AYAM...DAN AYAM CARAMEL...

RESEPI NASI AYAM YG SEDAP NI DIKONGSIKAN OLEH SUZILA ABDUL RAHMAN...DAN TELAH DI TOKOK TAMBAHKAN OLEH DIRIKU SENDIRI HEHEHE...KLU TAK CUBA SENDIRI RUGI TAU...TAKKANLAH AKYIK NAK PI MAKAN NASI AYAM DIKEDAI JAK KAN...KLU BUAT SENDIRI LAGI PUAS HATI...
                                                                                 

NASI AYAM CAREMEL..
1.AYAM
......GULA DLM TIGA SENDUK(TNGK KUANTITI AYAM BNYAK MANE)
......AIR
......BAWANG BESAR,PUTIH N HALIA D MAYANG
....DALAM KUALI BUAT CAREMEL DULI,PASTU MASUKAN AIR AGAK2,BIAR SEPARUH AYAM TENGELAM,BILA DH MENDIDIH MASUKAN BWG N HALIA,GARAM..AYAM TU BIAR SAMPAI MASAK PASTU BOLEH LAH D GORENG ATAU D BAKAR

2.NASI
...BASUH BERAS MASUK DLM RICE COOKER
...BAWANG BESA PUTIH N HALIA  DAN BAWANG MERAH D BLEND DAN TUANG DLM BERAS,MASUK DAUN PANDAN,KULIT KAYU MANIS,GARAM,KIUB PATI AYAM,MAEGERIN 2SUDU DAN AIR..TANAK

3.SAMBAL KICAP
...SEGENGAN CILI API BLEND KERING DGN SEULAS BAWANG PUTIH...ila tumbuk je..+KICAP KIPAS UDANG KALAU NK CAIR TAMBAH KUAH SUP N PERAHAN ASAM LIMAU/ ILA TAK BUAT IKUT NI TP ILA BUAT....MASUKKAN 3 SUDU BESAR SOS TIRAM KE DALAM KUALI KECIL, MASUKKAN 5 SUDU KICAP PEKAT, 2 TITIK MINYAK BIJIN, 1 CAWAN AIR..MASAK BIAR PEKAT SIKIT...KLU NAK LEBIHKAN SOS TIRAM DAN KICAP PEKAT PUN BOLEH AJA...IKUTLAH SELERA MASING2 YA...

4.SAMBAL CILI
..CILI MERAH +HALIA+1 ULAS BWANG PUTIH BLEND+GARAM+GULA+CUKA SETITIK...ila tambah kuh sup ckit
..........SeLaMaT MeNcUbA N MeNjAmU seLeRa


NASI LEMAK DAN SAMBAL UDANG...

                                                                                         

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....MAAF YA...GAMBAR NASI LEMAK NI DAH LAMA MASUK TP RESEPINYA....TAK MUNCUL2...HEHEHE...MAAF YA SEMUA...AL MAKLUMLAH DLM KESIBUKAN MENGURUS RUMAH TANGGA ADA MASANYA...ADA BENDA YG TERLUPA....ILA PASTI RAMAI YG DAH PANDAI MEMASAK NASI LEMAK...TP ILA NAK JUGA KONGSIKAN CARA ILA NI...KHAS UTK KWN2 YG MEMANG TAK PANDAILAH...AL MAKLUMLAH..ILA PUN BUDAK BARU BELAJAR...KLULAH SALAH TOLONG TUNJUKKAN...

BAHAN2NYA:
7 CWN BERAS(CAWAN PERIUK NASI LETRIK YA)
1 GENGGAM PULUT
1 LITER SANTAN
1 SUDU KFC GARAM
3HELAI DAUN PANDAN

CARA MEMASAKNYA
MASUKKAN SANTAN KE DLM PERIUK BERSERTA GARAM DAN DAUN PANDAN...BIARKAN MENDIDIH SEKEJAP...DAN MASUKKAN BERAS DAN PULUT TADI...PASTU KUATKAN API DAN GAUL SAMPAI SANTAN AGAK KERING...TP JGNLAH PULAK SAMPAI HANGUS YA HEHEHE...BIARKAN SEKETIKA...DIDIHKAN PERIUK PENGUKUS ...KEMUDIAN MASUKKAN BERAS YG TELAH DI MASAK TADI...KUKUSLAH SAMPAI MASAK...
*ILA TAK SUKA NASI LEMAK YG DI LETAK BWG PUTIH , HALIA DAN SERAI...TP KLU KWN2 SUKA BOLEH JAK LETAK YA..
*RESEPI SAMBAL UDANG SUDAH ILA KONGSIKAN DI BLOG INI...


UTK SAMBAL IKAN BILIS
250GM KAN BILIS...DIBERSIHKAN DAN DIRENDAM SEBENTAR
20 TANGKAI CILI KERING
3 LABU BWG BESAR DIKISAR
4 BIJI BWG MERAH DIKISAR
SEDIKIT BELACAN DIKISAR
1 CWN AIR ASAM JAWA
2 LABU BWG BESAR DIHIRIS
4 SUDU BESAR MINYAK MASAK
GULA,GARAM DAN PERASA@ PATI IKAN BILIS..

CARA MEMASAKNYA...
TUMISKAN BAHAN YG DIKISAR HINGGA WANGI...MASUKKAN AIR ASAM, IKAN BILIS, GARAM, GULA DAN PATI IKAN BILIS@PERASA..MASUKKAN AIR DAN BIARKAN MENDIDIH DGN API PERLAHAN...MASAK HINGGA PEKAT DAN NAIK MINYAK...BOLEHLAH DIHIDANGKAN DENGAN TELUR,KACANG TIMUN DAN IKAN BILIS GORENG...OKLAH....JOM MAIN MASAK2...

KEK GULA HANGUS

                                                                                                  
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..SEMUA.HARI NI..ILA POST RESEPI KEK GULA HANGUS PULAK...JANGAN RISAU..KALAU KEK NI HANGUS PUN TAK NAMPAK HANGUSNYA SBB NAMANYA KAN KEK GULA HANGUS...NGEH3...:)MARI CUBA RESEPI NI...RESEPI YG DI TURUNKAN OLEH SHEENA IBRAHIM UTKKU ...MAKASIH UTK RESEPI YG MEMANG SEDAP DAN SARANG SEMUTNYA PUN MENJADI...


KEK GULA HANGUS:
A. 2 CAWAN GULA(DIHANGUSKAN)
2 CAWAN AIR(DIHANGUSKAN)
B. 7 BIJI TELUR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
ESEN VANILA
1/2 TIN SUSU PEKAT(F&N)
1 SENDUK MARJERIN
2 SUDU MAKAN SODA BIKARBONAT

CARA MEMBUATNYA:
~MARJERIN & SUSU (PUKUL HINGGA KEMBANG)
~MASUKKAN TELUR
~ESEN VANILA
~SODA BIKARBONAT
~TEPUNG GANDUM
~GULA HANGUS
*SAPUKAN MARJERIN KE DALAM ACUAN.
*KEMUDIAN,MASUKKAN ADUNAN TADI & BAKAR...MULA2 BAKAR API BAWAH TAU SAMPAI HAMPIR MASAK DAN KEMUDIAN TUKARKAN KE API ATAS BAWAH SUPAYA KEK KORANG TAK JADI MCM KEK AKU TU YG MELEKAT KAT PINGGAN...HABIS TAK CANTIK HUHUHU...

SELAMAT MEMBAKING....!!!:))))

IKAN MASAK 3 RASA..

 ini ikan gorengnya....belum siap lagi...cuba tng0k bwah ni.....WAAAAA!!!nmpk sedp kn....hehehe:)
BAHAN A:
*1 ekor ikan saiz sederhana-ikan bawal/ikan merah/ikan kerapu @ apa2 lah yg kawn2 suka
*1 sudu besar tepung kanji(utk menyalut ikan)
*3 sudu tepung gandum(utk menyalut ikan
*3 ulas bwng merah(dihiris)
*1 labu bwng besar(dihiris)
*2 ulas bwng putih(dihiris)
*sedikit halia(dicincang halus)

*minyak(utk menggoreng)
*1 sudu kecil kunyit
*1 sudu besar cuka

BAHAN B:(utk sos)

*1 sudu cili kisar(kalau suka)
*3 sudu sos tomato
*2 sudu sos tiram
*3 sudu sos cili
*5 sudu besar air(kalau pekat sngt boleh tmbh lgi air)
*1 sudu kecil gula pasir
*sedikit garam


BAHAN C:(sebagai hiasan)
*3 helai daun bawng
*2 biji cili merah(dihiris)
*2 biji cili hijau(dihiris)
*sedikit nenas(didadu)
*1 biji tomato besar(saiz kecil didadu)


CARA MEMBUATNYA:
*sapukan garam,kunyit & cuka ke badan ikan.

*sapukan tepung kanji di sekeliling ikan.
*kemudian,salut dngn tepung gndum
*goreng ikan dngn minyak yg bnyk hingga kuning keemasan
*letak dlm pinggn hidangan.
*keluarkn minyak & tingglkn 3 sudu besar minyak utk menumis bahan yg telah dihiris hingga wangi(termasuklah halia)

*di kuali lain,masukkn bahan sos & biarkn mendidih.(kacau rata)masukkn bahan hiasan  & masak seketika lalu, tutupkan api
*curahkan kuah sos ke atas ikan.

*SELAMAT MENGHIDANG...

KARPIPAP OOOOOO KARIPAP

    
SELAMT PAGI SEMUA....PAGI YG CERAH...DIIKUTI DENGAN ANGIN YANG SEPoI2 BAHASA....GITU....TIBA2 TERINGIN NAK MAKAN KARIPAP....NI BUKAN KARIPAP ISI KENTANG TPI KARIPAP ISI SARDIN..URMM...NYUM3!!! TP YG PALING ISTIMEWA TENTANG KARIPAP NI IALAH...KARIPAP NI BUATAN ANAK GADISKU...MEMANG BOLEH DIHARAP...WLUPUN BELUM BERAPA NAK CANTIK TP BOLEHLAH DI TERIMA ATAUPUN BAGI MARKAH B+ HAHAHA.....SEKEJAP JE NK BUAT KUIH NIH SBB SENANG SNGT..TPI KALAU X KENA CARANYA MEMANG X CANTIK JADINYA...MUNGKIN ADA YG PERNAH BUAT TPI ADE KESILAPAN TEKNIKAL CIKIT..MUNGKIN KULIT KARIPAP TU BERJERAWAT...X CNTIKLAH KAN...SEDANGKAN KALAU KITA YG ADE JERAWAT NIH X SUKE NK TNGOK..APA LAGI KUIH NIH..KALAU BOLEH BERCAKAP,ENTAH2 LAH KAN..BANYAK DIE BEBELKAN KAT KITA....HEHE,OK LAH..SILALAH CUBA RESEPI NI PULAK..TENGOK SAMA ADA CANTIK HASILNYA ATAU MASIH SAMA...X PE2..KALAU ADA MASALAH MCM BIASA SILA2 LAH KEMUKAKAN...KITA SHARE2..SHARING IS CARING,RIGHT??HI3..OKLAH..SELAMAT MENCUBA..




BAHAN2NYA:
500GM TEPUNG GANDUM
1 SUDU GARAM
3 SUDU PLANTA DICAIRKAN DAN DITAMBAH
5 SUDU BESAR MINYAK..PANASKAN SEKETIKA
CARA MEMBUATNYA:
MASUKKAN TEPUNG DLM BEKAS DAN MASUKKAN PLANTA DAN MINYAK TADI...MASUKKAN GARAM DAN KAUL SEKATA....MASUKKAN AIR SEJUKKKK DR PETI AIS DAN ULI HINGGA TAK MELEKAT DITANGAN TP JGN TERLALU LEMBUT YA...BOLEHLAH DI CANAI DAN LETAKKAN KE ACUAN KARIPAP  DI ISI DGN ISI KARIPAP...SIAP..

ISI KARIPAP
BHN2NYA...1 TIN SARDIN SAIZ SEDERHANA
1 SUDU GARAM
2 TITIK CUKA
1 LABU BWG BESAR DIDADU
1 BIJI BWG PUTIH DICINCANG HALUS
2 BIJI CILI  API DIHIRIS2...
PERISA DAN GULA SECUKUPNYA


CARA MEMBUATNYA...TUMISKAN BWG MERAH DAN PUTIH HINGGA NAIK BAU...MASUKKAN SARDIN DAN HANCUR2KAN...MASUKKAN CUKA, GARAM, PERISA DAN GULA...TAK LUPA CILI API YA KAWAN2 HEHEHE...MASAK HINGGA  KUAH MENJADI AGAK KERING DAN BOLEHLAH DIANGKAT....

PERINGATAN YG TERSANGATLAH PENTING....
MASA MENGORENG KARIPAP NI TAK BOLEH MINYAK PANAS TAU...MASUKKAN KARIPAP KE DLM MINYAK YG BELUM BERAPA NAK PANAS...JGN RISAU...TAKKAN MERESAP MINYAK PUNYA...KLU MINYAK PANAS...NANTI KARIPAP NI PENUH DGN JERAWAT TAU...PADA PEMINAT2 KARIPAP BOLEHLAH CUBA PETUA INI YA...