Rabu, 5 September 2012
PUDING BANDUNG CINCAU
BAHAN2NYA:
1 bungkus agar2 serbuk 10g,
1 tin susu cair,
600ml air,
gula secukup rasa,
cincau dihiris memanjang
,sirap ros secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
campurkan semua bahan dlm 1 periuk kecuali sirap ros....masak sampai mendidih sambil di gaul. bila dah mendidih baru masukkan sirap ros dan matikan api. tuang dlm loyang dan taburkan hirisan cincau tadi....siappppp...
Isnin, 30 Julai 2012
MEE BANDUNG
CHEESE BAKED MEATBALL
Bahan :
500 gr daging cincang
3 sdm tepung kanji
2 butir telur
1 sdt garam
½ sdtlada putih
1 bh bawang bombay, cincang kasar
2 siung bawang putih, cincang halus
6 sdm sos tomato
Cara Membuat :
Campur daging cincang dengan tepung kanji dan telur.
masukkan garam dan lada putih, gaul rata dan buat bola2 menjadi kurang lebih 20 buah.
Panaskan minyak, tumis bawang bombay dan bawang putih.
Masukkan sos tomato dan sos cili, tambahkan 100 ml air,
masukkan bola-bola daging dalam loyang tahan panas yang telah diolesi margarin.
Tuang sos ke atasnya, panggang dalam oven 180 Celcius selama 15 menit dengan ditutup alumunium foil.
Keluarkan dari oven dan letakkan keju di atas bola-bola.
Panggang lagi 15 menit tanpa alumunium foil.(ikut kepanasan oven masing)...
Angkat, hidangkan panas-panas.
PAI TUNA
Isnin, 16 Julai 2012
KERABU MANGGA
3 BIJI MANGGA DI PARUT
5 BIJI CILI API DI POTONG KECIL..
1 BUNGKUS BUAH GAJUS SEGERA
2 SUDU BESAR UDANG KERING DI SIRAM AIR PANAS DAN DI TUMBUK HALUS
SETENGAH BIJI LIMAU NIPIS
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SETENGAH BIJI BWG KUNING
SEDIKIT SOS IKAN
CARA MEMBUATNYA::
CAMPURKAN SEMUA BAHAN DLM 1 MANGKUK SEDERHANA DAN GAUL RATA KECUALI GAJUS.....AKHIR SEKALI BARU MASUKKAN BUAH GAJUS DAN BOLEHLAH DI HIDANGKAN......
SELAMAT MENCUBA....
~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~
~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~
Sumber ilham: Pn. Rahayu Samsu @ Rahayu Sesuci Kasih Abadi.
Bahan2:-
1) 20gm agar2 bertali ~ potong kecil2.
2) 1500ml air (5 1/4 cwn)
3) 3/4 cwn gula pasir.
4) 250ml susu cair.
5) 1 biji telur.
6) 120gm milo.
7) 120gm horlick.
8) Acuan puding & Loyang.
Cara2nya:-
1) Agar2 bertali dipotong kecil2, gula dan air di masak sehingga agar2 hancur dan mendidih.
2) Blenderkan telur dgn susu cair dan masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.
3) Bahagikan adunan agar2 kepada 2 bahagian (Ayu masukkan 1/2 adunan di periuk kecil yg lain lagi, jadi bermakna sdh ada 2 adunan yg berlainan periuk.
4) Campurkan milo dan horlick di adunan yg berasingan tadi. Kacau2kan sehingga sebati dan hancur.
5) Basahkan acuan atau loyang terlebih dahulu dan masukkan adunan milo ke dalam acuan tadi dan keraskan.
6) Setelah adunan milo keras, masukkan lagi adunan horlick juga sama banyak mgikut sukatan cawan atau bekas yg sama size. Keraskan lagi dan ulanggi proses melapis sehingga kedua2 adunan habis.
** Ayu mengunakan 2 acuan yg sama size dlm adunan ini.... jika mgunakan acuan yg lebih besar atau loyang, adunan ini cukup2 utk satu acuan besar bersize 8".
** Ayu keraskan adunan di dlm frezer beku supaya proses keraskan agar2 lebih cepat.
** Sebelum melapis, pastikan adunan kedua2 agar2 di dalam periuk tadi cair, pasang api gas dan cairkan baru di masukkan dlm acuan....
SELAMAT MENCUBA....
Kek Marble Strawberry vs Coklat & Cheese.
Resepi: Kek Marble Strawberry vs Coklat & Cheese..(loyang 9inci)
Sumber: Ani Sanusi
~Bahan2 A:-~
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula halus / aising - saya guna gula yg d blend
1 biji telur
2 sudu mkn susu segar / cair
1 penutup botol esen vanila
~Caranya:-~
Pukul cream cheese dgn gula hingga hncur sebati..kemudian masukkan telur,susu segar dan esen vanila..pukul lagi sehinga sebati dan creamy..
ketepikan..
~Bahan2 B:-~
250gm butter / marjerin - saya guna marjerin
200gm gula halus / kastor - saya guna gula yg d blend
4 biji telur
200 ml susu segar / full krim - saya fresh milk dutch lady kotak
250gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1 sudu teh / 5ml coklat emulco
1 sudu teh / 5ml strawberry emulco
sedikit pewarna pink
(Bahan yg bertanda * d ayak bersama sebanyak 2x)
~Cara2:-~
1. Sediakan loyang d lenser dan alaskan dgn kertas minyak.
2. Panaskan oven pada suhu 170c -ikut suhu oven masing2..
3. Bancuhkan adunan bahan A kemudian ketepikan..
4. Dalam bekas yg lain adunkan bahan B: pukul butter dgn gula hingga kembang dan berwarna putih..
5. Kemudian masukkan telur sebiji2 dgn jarak 1 minit stiap biji..pukul hingga kembang dan gebu..
6. Perlahan kan speed masukkan tepung dan susu segar berselang seli hingga habis dan pukul hingga sebati..
7. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan campurkan coklat emulco dan strawberry emulco setiap bahagian..
8. Tuangkan sparuh adunan coklat ke dalam loyang lepas tu adunan cheese sedikit, separuh la adunan strawberry,adunan cheese lg..
9. Kacaukan adunan d dalam loyang guna spatula buat putaran angka 8...
10. Ulang langkah 8 td sehingga habis adunan dan buat marble lg dgn putaran bntuk 8.. (langkah 8 - 10 boleh ikut cara masing2 mcm mana nak melapis dan memarble kan adunan..ikut kreativiti masing2)
11. Setelah habis ratakan permukaan dan bakar dlm oven suhu 170c dgn cara double boiling selama 1 jam atau sehingga masak..(ikut suhu oven masing2 ya..saya guna suhu 170 dan bakar selama 1jam 15 minit)
(p/s: uji kek dgn lidi sama ada kek sdh masak atau belum..jika masih melekat d lidi tmbah kan masa dalam 10 - 15 minit..kek ni memg lembab kat dalam..jd masa menguji lidi akan keluar lembab tp bila dah masak kek tak akan melekat d lidi dan hnya nmpk berminyak saja)
SELAMAT MENCUBA KEPADA KWN2 YG SUDI MENCUBANYA..:)
COKLAT BUTTERCREAM(dari blog Sally Rashid)
Bahan:
90g shortening (saya guna krimwell)
50g mentega
190g gula aising
60g coklat masakan (cairkan)
Cara :
1. Pukul shortening/krimwell, mentega & gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan coklat cair dan kacau rata.
Sabtu, 7 Julai 2012
puding susu berlapis
Sumber Resepi : Kak Ct Delima
Bahan Lapisan Susu : ILA BUAT 2 KALI...1 UTK LAPISAN BAWAH DAN 1 UTK LAPISAN ATAS....
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila(ILA GUNA PERISA PANDAN)
Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.(ila tukar ke perasa pandan)
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.
Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai
Cara-Cara :
- Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. biarkan 2/12 cawan dlm periuk dan bila agak pekat boleh di panaskan dgn api kecil... ILA BIARKAN PUTIH.....
- Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
- Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² putih dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
- Bila adunan agar² putih dah hampir keras letakkan 1 LAGI LAPISAN AGAR2 SUSU...
- BOLEHLAH DI SEJUKKAN.....DAN DI MAKAN...
Sabtu, 16 Jun 2012
SAMBUNG CERITA PERCUTIAN
ASSALAM SEMUA........MAAFLAH...ILA SIBUK SANGAT2 SEKARANG...NAK JENGUK BLOG PUN TAK SEMPAT...HANYA BERKEMPATAN JENGUK FB KEJAP2 JAK...AL MAKLUMLAH....LEPAS SORANG, SORANG TETAMU DTG KE RUMAH......PAKAIAN BALIK DARI BERCUTI PUN ADA YG TAK SEMPAT NAK KEMAS LAGI NI....HEHEHEHE....APA PUN ILA SERONOK SANGAT DENGAN KUNJUNGAN KELUARGA DAN RAKAN2 ILA.....
ILA PERCAYA....KEDATANGAN TETAMU SEMUA MEMBAWA REZEKI KPD KAMI SEKELUARGA....INSYAALLAH.....
OK....KITA SAMBUNG BERITA LAIN YA.....
PAS DARI LANGKAWI...KITA ORG TERUS KE JITRA KEDAH.....MULA2 NAK TERUS KE PENANG....TP KERANA LEWAT AMBIL TIKET FERI KITA ORG PUN LEWATLAH SAMPAI KE KUALA PERLIS.....SUDAHNYA KITA ORG TIDUR JAK DEKAT BUSTANI HOTEL JITRA KEDAH....TAK SAMPAI HAJAT ILA NAK TIDUR KAT PENANG.....
HOTELNYA OK JUGALAH.....LEBIH KURANG JE SAMA DGN HOTEL YG KITA ORG DUDUK KAT PERLIS HARI TU....
KITA ORG TIDUR SEMLM JAK....LEBIH KURANG PUKUL 10.30 PAGI KITA ORG DAH KELUAR PUN....SBB NAK BERJLN KE PENANG ....SEBELUM TU KITA ORG HANTAR BRG KE HOMESTAY YG DI SEDIAKAN OLEH PIHAK PPUAN SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAUDARA ILA......
SAMBIL MENUNGGU KE LUARGA DARI SABAH DAN INDONESIA SAMPAI.....KITA ORG PUN AMBIL KE SEMPATAN BERJLN KE PULAU PINANG.......
PENGALAMAN YG TAK DAPAT ILA LUPAKAN KAT SANA IALAH....MAKAN KAT PADANG KOTA......EMMMMMMM.....TAK NAK 2 KALI ILA MAKAN DI SANA.....
TP YG SERONOK JALAN2 KAT PENANG IALAH DAPAT MAKAN NASI KANDAR LINE CLEAR DAN BELI JERUK BUAH BANYAK2....BEST.....CUMA MASA KAT SANA SUNTUK SANGAT....PUKUL 3.30 OTG KITA ORG DAH GERAK BALIK KE KEDAH SBB TAKUT JLN SESAK SBB ORG BALIK KERJA NANTI....
APA PUN PENANG MEMANG BEST....
DLM 9 HARI PERCUTIAN TU YG PALING BEST IALAH DAPAT SHOPING DI LANGKAWI DAN PADANG BESAR....YG SEDIH KAT PADANG BESAR....SBB ADA BRG TERTINGGAL KERANA ASYIK SHOPPING.....APA PUN ALLAH TELAH MENGANTIKANNYA DGN YG LAIN....ALHAMDULILLAH..... ADA MASA NANTI ILA MASUKKAN GAMBAR YA....
Rabu, 6 Jun 2012
CUTI2 UTARA...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....DAH SEMINGGU RASANYA ILA TAK BERKESAMPATAN MENJENGUK BLOG ILA NI.....RINDU SANGAT2....TP PERCUTIAN 9 HARI INI MEMANG SANGAT MENYERONOKKAN...WLUPUN MEMANG MEMENATKAN DAN DUIT PUN MENGALIR DERAS MCM AIR PAIP HEHEHE.....APA PUN KATA ORG...DAH SEKALI SAMPAI...BIARLAH JLN SEMUA SEKALI...SBB TAKUT TAK SAMPAI LAGI DI LAIN KALI...MANA TAU DAH BALIK SABAH NANTI....ADA JUGA YG BOLEH DI KENANG2 MASA DUDUK DI SEMENANJUNG NI.....
NEGERI YG MULA2 KAMI SAMPAI IALAH NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN...CEWAH.....DUDUK 4 HARI 3 MLM KAT PUTRA BRASMANA HOTEL....SEMPENA PERKAHWINAN BAHA DAN SITI...KEMUDIAN BERSAMBUNG DENGAN MAJLIS CONVO EN SUAMI.....KEMUDIAN TERUS BERGERAK KE LANGKAWI PULAK....
KAT LANGKAWI NI PUN SAMA 4 HARI 3 MLM....PUAS HATI MANDI LAUT SBB DUDUK DEKAT DENGAN PANTAI CENANG... ..ESOK2 ILA SAMBUNG YA DAH MENGANTUKLAH PULAK...
Isnin, 21 Mei 2012
SOTO JAWA
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam, saiz besar dibelah empat
- 3 liter air
- 3/4 cawan santan pekat
- 1/2 cawan serbuk ketumbar(ila tak letak)
- 2 sudu teh jintan putih(ila tak letak)
- ila gantikan dengan bunjut sup tulang....(bila dah cukup masak ila keluarkan utk rasa soto yg lebih ringan)
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 4 tangkai bunga cengkih
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Bahan untuk Dikisar
- 3 biji bawang merah besar
- 6 ulas bawang putih
- halia secukupnya(maaflah ila tak tau nak cakap besar dia mcm mana...tp klu yg biasa buat sup atau soto tu tahulahkan hehehehe)
- 1 inci kunyit hidup
- sedikit lengkuas
- 2 batang serai
- Bahan untuk Sambal Kicap
- 15 biji cili api
- 1 ulas bawang putih
- kicap lemak manis secukupnya
- 4 biji limau
- garam
- sedikit air panas
- gula secukup rasa
- Bahan Hiasan
- bergedil
- daun sup, dipotong halus
- bawang goreng
- sambal kicap
- ayam, yang telah disiat-siat
- telur yg telah di rebus
- ketupat yg telah siap di rebus dan di dadu...
- suun yang telah di rebus..
Cara-cara
- Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) . Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam cukup masak. kemudian perlahankan api dan biarkan selama 1/2 jam....(nak lagi sedap....biarkan lebih lama). selepas itu masukkan santan pekat tadi...gaul rata dan biarkan mendidih dan bolehlah di matikan api....
- Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
- Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan masukkan suun....letakkan daging ayam yang telah disiat dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, berkedil dan telur....
- SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.....
- SELAMAT MENCUBA YA.....
Ahad, 20 Mei 2012
ANIKA APAM POLKADOT PELBAGAI RASA
mari3 !! manggis ada , tembikai ada , strawberry ada .. kihkihkih :) apam ni ada inti antaranya .. * blueberry * coklat chip .. jom2 tengok resepi pulak ye .. semoga berjaya tau , buat lah lawa2 , lawa dari yg kat atas2 ni .. hehehe ..
RESEPI ~ APAM PALKADOT (Versi Buah2an)
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.
DICOPY : oleh ku :)
Bahan2 (A)
1) 3 biji telur (B) ~ dari aisbox.
2) 220gm gula halus/kastor ~ Ayu guna gula kastor.
3) 1 sudu teh ovelette.
Bahan2 (B)
1) 150gm susu kotak Nestle ~ yg sejuk dari aisbox (utk apam yg lembut)
2) 275gm tepung gandum ~ di ayak.
3) 1 sudu teh serbuk penaik ~ di ayak.
Bahan2 (C)
1) Filling ~ apa2 aja ~ Ayu guna coklat chip.
2) Perisa n pewarna yg disukai.
Cara2:-
1) Pukul semua bahan (A) sehingga kembang putih gebu.
2) Masukkan susu pukul lagi sehingga pekat n berkrim.
3) Masukkan tepung n baking powder n pukul lagi sampai pekat.
4) Bahagikan kpd beberapa bahagian n warnakan serta letak perisa yg di sukai. Masukkan dlm piping bag bagi setiap warna. Gunting sikit hujungnya….
5) Masukkan 1/2 adunan ke dlm ppcup, letak filling n tutup balik dgn adunan yg sama sehingga 3/4 ppcup.
6) Dot2kan atau corak2kan mengikut suka di atas permukaan adunan tadi dgn memicit perlahan-lahan.
7) Panaskan periuk kukusan sehingga air mendidih. Kukus dgn api sederhana n kukuslah selama 10-15 minit.
SELAMAT MENCUBA....
Jumaat, 18 Mei 2012
KUIH LAPIS....
kali ni mari kita lihat , oh ! kuih lapis lah .. hehehe , sblum ni suami dan anak2 x suka pun kuih ni , x tau lah kenapa berminat pulak kali ni .. baru keluar dari acuan dah kata " mummy , nak makan boleh ? " kihkihkih .. laju je bertanya .. makan2 dijemput ya .. ok lah jom kita tengok resepi yang aku copy paste ni .. selamat mencuba :)
RESEPI ~ KUIH LAPIS ~
Sumber: Kak Linda Merc.
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.
dicopy oleh: Fatimah ila.....
Bahan2nya:-
1) 2 cawan santan ~ Ayu guna santan kotak Ayam Brand (1/2 cwn santan + 1 1/2 cwn air)
2) 2 sudu makan tepung beras.
3) 2 sudu makan tepung kastard.
4) 1 cawan tepung gandum.
5) 1/2 cawan gula pasir ~ Ayu guna gula kastor.
6) Secubit garam ~ Ayu guna 1/2 sudu kecil.
7) Perwarna merah, hijau dan biru....
Caranya:-
1) Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Ila hanya bahagikan kepada 3.
3) Didihkan air kukusan, sapukan acuan dgn sedikit minyak masak dan masukkan sesudu adunan ke dlm acuan dan kukuslah selama 2-3 minit atau kering. Kemudian masukkan lagi 1 sudu warna asal.... Ulanggi proses melapis sehingga habis.
4) Setelah lapisan terakhir....kukus lagi selama 10-15 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA....
Selasa, 15 Mei 2012
kuih puteri ayu
how are you ?? cewahh , nak berspeaking london pulak kan .. nmpak x gmbr yang tertera kat atas ni ?? mesti lah kan , kan , kan .. ni first time aku buat kuih ni . anak2 aku pun look excited sangat , kejap je dah habis dingapp !! kihkih , jom2 kita jenguk resepi yang best ni !!
Kuih Seri Ayu
Sumber Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com
Sumber:jintanmanis
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )
2 biji telur(ila guna 3)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)
Cara-cara
1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.
*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.
SELAMAT MENCUBA......:)
Ahad, 13 Mei 2012
CHEESE CAKE YOGURT
sepotong je , cukup x ? hehe .. jemput makan ^_^ . sambil tu jom tengok resepi yang best sangat ni .. semoga berjaya tau .. :)
BAHAN2NYA
70gm gula kastor
6 biji kuning telur
50gm mentega
250gm cream cheese
100ml susu segar
80gm tepung kek
150gm yogurt(ila guna perisa manga)
BAHAN B:
70gm gula kastor
6 buji putih telur
1 sd kecil krim of tartar
cara2,
cairkan keju,susu,gula dan mentega atas api perlahan..kacau hingga larut, cara double-boiler sejukkan. kemudian masukkan kuning telur(pukul dulu sedikit guna garpu) dan yogurt...kacau sebati dan matikan api...
kemudian masukkan tepung kek gaul sebati .
dalam bekas yg lain,pukul putih telur dgn gula serta cream of tatar hingga kembang(meringue)
campurkan 1 senduk ke dlm adunan tepung td & kaup balik buat sampai adunan putih telur habis
griskan loyang & taburkan sedikit tepung,alas dgn kertas minyak,bakar cara steam bake pada suhu 160'c selama 1 jam @hingga masak..guna api atas bawah. setelah masak ....keluarkan loyang yg berisi air dan tinggalkan loyang yg berisi kek di dlm oven dengan pintu yg terbuka sedikit...biarkan dlm 10 minit baru di terbalikkan di atas jaring dan kuarkan dr loyang....
SIAP......SELAMAT MENCUBA....
Jumaat, 11 Mei 2012
Kek Arora
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovalette
- Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C .
- Sediakan loyang ukuran 8 inci.
- Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
- Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
- Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
- Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi ) hingga habis.
- Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
- Tompok²kan setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
- ** Cara ila pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api bawah sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).
Ahad, 6 Mei 2012
MAGGIE GORENG ....
RESEPINYA:
1 BUNGKUS MEE SEGERA GORENG TAK KISAHLAH PERISA APA YA...(REBUS 2 MINIT)
PERENCAHNYA JGN BUANG YA...
2 BIJI BWG MERAH ROS DIHIRIS
1 BIJI BWG PUTIH...DIHIRIS
3 EKOR UDANG
4 BIJI FISH BALL(TAK ADA PUN TAK APA)
1 BIJI CILI BESAR DIHIRIS....
SEGENGGAM TAUGE
2 BTG SAWI DI POTONG KECIL...
1 BIJI LIMAU (JIKA SUKA)
1 BIJI TELUR
1 BIJI TELUR DIGORENG (UTK HIASAN)
SEDIKIT KICAP JIKA SUKA
CARA MEMBUATNYA:
TUMISKAN BWG MERAH DAN PUTIH HINGGA KEKUNINGAN....MASUKKAN UDANG DAN FISH BALL...GAUL SEKETIKA ..MASUKKAN MEE YG DAH DI REBUS TADI...MASUKKAN PERENCAHNYA...GAUL RATA...MASUKKAN KICAP DAN GAUL LAGI...MASUKKAN TAUGE DAN SAWI SERTA CILI BESAR TADI.....KACAU RATA2...KEMUDIAN PECAHKAN SEBIJI TELUR DI TENGAH2NYA......KACAU 2...MCM KITA GORENG MEE BIASA TU....GAUL RATA2 DAN SIAP UTK DI HIDANGKAN....
LETAK DLM PINGGAN DAN HIASKAN DENGAN LIMAU DAN TELUR GORENG TADI...
SIAP...SELAMAT MENJAMU SELERA....
Sabtu, 5 Mei 2012
Japanese cheese cake
140gm gula halus
6 biji kuning telur
6 biji putih telur(pastikan tiada sedikit pun kuning telur..kl dok tak jadi)
1 sd kecil krim of tatar
50gm mentega
250gm cream cheese
100ml susu segar
60gm tepung kek
20gm tepung jagung
1 sd besar jus lemon
cara2,
cairkan keju,susu dan mentega atas api perlahan..kacau hingga larut,sejukkan.
kemudian masukkan tepung kek,tepung jagung,kuning telur,pukul sebati pastu masukkan jus lemon.
dalam bekas yg lain,pukul putih telur dgn gula serta cream of tatar hingga kembang(meringue)
campurkan 1 senduk ke dlm adunan tepung td & kaup balik buat sampai adunan putih telur habis
griskan loyang & taburkan sedikit tepung,alas dgn kertas minyak,bakar cara steam bake pada suhu 160'c selama 1 jam @hingga masak..guna api atas bawah. setelah masak ....keluarkan loyang yg berisi air dan tinggalkan loyang yg berisi kek di dlm oven dengan pintu yg terbuka sedikit...biarkan dlm 10 minit baru di terbalikkan di atas jaring dan kuarkan dr loyang ye..sejukkan..
Jumaat, 4 Mei 2012
CEKODOK KELAPA PISANG
BAHAN2NYA:
1 CWN PISANG DILENYEK
1 CWN KELAPA PARUT PUTIH
1 BIJI TELUR
1/2 SUDU GARAM
1 1/2 CWN TEPUNG NAIK SENDIRI
GULA JIKA PERLU(ILA TAK LETAK SEBAB PISANG DAH MANIS)
CARA MEMBUATNYA:
MASUKKAN SEMUA BAHAN DLM BEKAS DAN GAUL RATA...BIARKAN DLM 15 MINIT BARU DI GORENG.....
SIAP....
ANAK2 PUN BOLEH BUATKAN HEHEHEHE.....
CUCUR UDANG
Khamis, 3 Mei 2012
HOKAIDO CUPCAKES
BAHAN BAHAN
A) 5 biji putih telur
1sdk cream of tartar
80 gm gula halus
Putar sehingge menjadi kental ( MERINGUE )
B ) 5 biji kuning telur
30 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
40 ml minyak jagung
40 ml susu segar
C ) 60 gm tepung kek
25 gm tepung custard
1 tsp baking powder
(sy guna telur gred B)
CARE CARA
1. Ayak tepung kek, tepung custard dan b.powder
2. Putar telur kuning dan gula hingge kembang
3. Masukkan minyak dan susu segar.
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan kedalam cup 3/4 penuh ( 80 peratus cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan gelembong udare di dalam kek )
7. Bakar pade suhu 100 C selama 20 minit atau sehingge masak kekuningan )
BAHAN CUSTARD
1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula castor
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ butter
1.Satukan bahan dan masak hingge adunan pekat dan berkilat. ( kkzu masak atas double boiler ).
Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan kesemua bahan. .Sentiase mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini
2. Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah tengah kek.Cucuk nooczle ke dalam dan picit..
resepi asal kak zu
telah diolah :- jelina tajul azman
p/s:-kalo yg xde tpng kek..boleh buat sendiri...
2 sudu besar Tepung Jagung + 3/4 cawan Gandum ..ayakkan.
kemudian dptkan 60gm..tu jer.....tunjuk ajar dr
kak chahaya sheila
Ahad, 29 April 2012
PUDING ROTI KUKUS
Selasa, 24 April 2012
Pancake Pandan.
2 cawan tepung naik sendiri,
Secubit bicarbonate powder,
Sebiji telur,
Air suam,
Santan,
Pewarna pandan paste,
Garam dan Gula secukup.
Minyak atau butter di sapukan di kuali sebelum mengorengnya.
Ahad, 22 April 2012
AISKRIM GORENG....
Sumber resepi: Kak Noor Ridah Daud.
Oleh: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.
Dicopy oleh: Fatimah ila lah.....hehehehe....
Bahan2:-
1) 2 keping roti gardenia.
2) 1 skop aiskrim ~ pilihan perisa.
3) 1 biji cawan yg mulut tebal.
Cara2nya:-
1) Letakkan sekeping roti dan skopkan aiskrim pilihan dan kemudian letakkan lagi sekeping roti di atasnya lalu di tekan dgn mulut cawan yg tebal....
2) Sejukkan di dlm frezer dlm bbrp jam sebelum di goreng. Ayu hanya bekukan dlm 2 jam shj....
3) Panaskan minyak betul2 panas dan bolehlah di gorengkan roti yg telah di bekukan tadi.... goreng sehingga kekuningan....
4) Siap.... Selamat menikmati roti yg garing di luar dan sejuk aiskrim di dlmnya....
p/s ~ boleh buat sbrp byk yg di kehendaki.... sebaiknya buat sebelah mlm dan esok harinya boleh di goreng.... boleh buat byk2 dan stock aja di frezer....
SELAMAT MENCUBA....
Jumaat, 20 April 2012
KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE
250g cream cheese
60g gula
1 bj telur gred A
25 ml air
- Campurkan semua bahan kecuali telur
- Pukul sampai kembang & masukkan telur
-Pukul lg ( sekejap je..asalkan rata )
cara2...... masukn gula kastor,susu pekat,susu cair n myk jagung ke dlm periuk,panaskn hga gula hancur dgn api yg perlahan.ketepikan n biar sejuk.dlm bekas lain,pukul telur hga kembang,kmudian masukn dlm adunan td.kacau rata. masukan serbukkoko n tepung n soda n baking pow.kacau rata.....pastu bahagilan adunan kepada 2 bahagian...kukus bahagian yg pertama selama 15 minit....kemudian tuang adunan cheese tadi...kukus lagi dlm 15-20 minit....dan akhir sekali....masukkan adunan coklat yg 1 lagi....kukus hingga masak....
INILAH HASILNYA YG DAH SIAP DI DEKO.....
Jumaat, 13 April 2012
PUDING SAGU BERNANGKA DAN RED RUBIES....
BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan
BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais
BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung
GULA PASIR SUKA HATILAH NAK BERAPA BYK.... HEHEHE....
7 BIJI NANGKA DI DADU....(BILA SANTAN DAH MENDIDIH DAN DI PADAMKAN API...BOLEHLAH MASUKKAN NANGKA KE DLM SANTAN TADI...
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
- UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
- UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
- Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, Letak pula red rubies dan nangka sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...
Isnin, 9 April 2012
PUDING OREO
1 paket serbuk agar (berat 10 gram)
10 biskut oreo, asingkan cream dan kisar halus
2 cawan air (500 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan gula halus
2 camca besar serbuk koko*
2 camca besar air panas*(*satukan dan kacau rata)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masak air, gula, serbuk agar2 dan daun pandan hingga larut. Keluarkan daun pandan. Sementara itu satukan susu, bancuhan koko dan kacau perlahan dan curah dalam agar2 tadi. Kacau rata....kemudian masukkan biskut oreo tadi....dan kacau rata....
- Tuang dalam acuan pilihan hingga habis, biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga agar2 menbeku. Keluar dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.
Jumaat, 6 April 2012
SNOW PUDING
SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes
Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal
Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream
Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah
Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah
Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang
Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras
Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras
Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin......
SIAP.....SELAMAT MENCUBA....RESEPI NI...ILA COPY DR KAK AZLITA MASAM MANIS....
Isnin, 2 April 2012
PUDING PANDAN
nampak ni??heehehe..inilah kerja adik iparku waktu subuh buta lagi...dia nak sangat makan jadi snggup bngun awal nak buat..hehehe..anak2 kata sedappp..memanglah sedap siapa chefnya..(puji diri sndiri jap..heheh)nak cerita apa lagi ea??entah lah..best lah dapat kerja ramai2 mase kenduri ni , nasib baik dapat buat sblum adik ipar tu belum balik kalau tak..entah lah..kelam kabut lah jadinya rumah ..gamat dengan suara membebelnya..heheh..kepenatan belum hilang & duit yang melayang di biar saja..alhamdullilah semuanya berjalan lancar wlaupun sbnrnya ada yg siap last minit..kat dapur pun masih goreng ayam lah..hehehe..ok lah, nanti resepi akan datang menyusul..bye2:)
BAHAN2NYA:
400ML SANTAN...(JGN TERLALU CAIR)
5 BIJI TELUR)
1 KEPING ROTI
5 HELAI DAUN PANDAN(DIKISAR DGN SANTANDAN JGN LUPA TAPIS YA)
PERWARNA HIJAU JIKA PERLU
GULA PASIR SECUKUP RASA
CARA MEMBUATNYA:
PANASKAN PENGUKUS....
MASUKKAN SEMUA BHN DLM PENGISAR DAN TERUS TUANG DLM LOYANG...
DAN KUKUSLAH HINGGA MASAK....
SIAP.PPPPPP....SENANGKAN....
SELAMAT MENCUBA....
PUDING ROTI KASTARD BERLAPIS..
PUDING NI MEMANG MENDAPAT SAMBUTAN MASA ILA BUAT KENDURI KHATAM QURAN ANAK HARI TU....ILA JUMPA RESEPI PUDING NI KAT BLOG SALLY .....SEKALI PANDANG...TERUS JATUH CINTA HAHAHA....BUKAN SAJA NAMPAK CANTIK TP BAHAN2NYA PUN MUDAH....DAN YG SALLY BUAT LAGI LAWALAH DARI ILA BUAT ....YG HEHEHE PALING TAK SANGKA....ADA TETAMU YG DTG MENEMPAH DGN ILA PUDING NI....HEBATKAN PUDING NI....OKLAH....JOM TENGOK RESEPI.......
* 3 keping roti
* 3 sudu makan tepung kastad
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 2 peket agar2 (10gm)
* gula secukup rasa
* 4 cawan air utk 1 bungkus agar2...
* pewarna (saya letak merah sebab nampak cantik dan terang)
Cara :
* Masak 1 bungkus agar2 bersama 3 cawan air dan gula halus
* Blend roti, telur, tepung kastad, susu cair, susu pekat & mentega bersama 1 cawan air
* Masukkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam agar2 tadi. Kacau sehingga masak dan sebati. tuangkan dlm loyang.
* dalam periuk lain masak agar2 yg 1 lagi dan masukkan gula secukup rasa dan 4 cawan air...masukkan pewarna merah dan masak hingga mendidih.
Kemudian perlahan2 tuangkan adunan yang berwarna tadi ke bahagian atas lapisan pertama tadi.
* Potong apabila puding betul2 sejuk. Sedap dimakan sejuk2