BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 13 April 2012

PUDING SAGU BERNANGKA DAN RED RUBIES....


BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan


BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais

BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung
GULA PASIR SUKA HATILAH NAK BERAPA BYK.... HEHEHE....

7 BIJI NANGKA DI DADU....(BILA SANTAN  DAH MENDIDIH DAN DI PADAMKAN API...BOLEHLAH MASUKKAN NANGKA KE DLM SANTAN TADI...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
  3. UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
  4. Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, Letak pula red rubies dan nangka sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

0 ulasan: