BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 21 Mei 2012

SOTO JAWA

AKHIRNYA......SETELAH HAMPIR 13 TAHUN DAPAT JUGA AKU MERASA SOTO JAWA NI LAGI....KALI PERTAMA ILA MAKAN TAHUN 1999...IA DIHIDANGKAN OLEH PELAJAR ILA MASA TU.....JGN PULAK KORANG TERKEZUT YA...HEHEHE....PELAJAR ILA BUKANNYA KANAK2 TP ORG DEWASA SEBENARNYA....ALMAKLUMLAH...ILA NI KAN GURU MASAK MEMASAK DULU2 HAHAHAHA....TAK SANGKA ILA....DARI SORANG YG TAK RETI APA2 TETIBA JADI GURU KEMAS DAN AJAR MAK2 ORG PULAK TU....MASA TU ILA BARU BERUMUR 19 TAHUN TAU....MEMANG TAK TAU APA2 MASA KENA HANTAR PI PUSAT LATIHAN KAT TERENGGANU DULU....TP...ALHAMDULILLAH...ILA BERJAYA MENGHARUNGINYA...MENGENANGKAN SAAT2 PAHIT DAN MANIS ITU KADANG2 MEMBUATKAN ILA BERFIKIR.....BETAPA BERSYUKURNYA AKU KERANA DIHANTAR KE SANA WAKTU TU...KLU TAK...AGAKNYA SAMPAI KESUDAH ILA NI TAK RETI BUAT APA2...MULA2 TU KECEWA JUGA...KERANA JAWATAN YG DI POHON ITU KAN GURU TADIKA...KENAPA TETIBA KENA TUKAR PULAK...KENA BELAJAR MASAK, MENJAHIT, MENYULAM DAN TAH APA2 LAGI LAH....ILA PUN DAH TAK INGAT....MENANGIS2 WAKTU TU....TP APA BOLEH BUAT...TERPAKSA TERUSKAN JUGA....DAN....SEPERTI YG SELALU ORANG KATA...SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAHNYA...BEGITULAH JUGA KEJADIANNYA DGN ILA NI...DARI SEORANG YG TAK RETI MASUK DAPUR DAN BUAT KERJA2 RUMAH....TETIBA MENGAJAR ORG PULAK...(MAK BUDAK PULAK TU) HEHEHEH....APA PUN TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YG KAU BERIKAN ITU....

AMBOI...PANJANGNYA CELOTEH ILA NI....JOM...JOM...JOM...TENGOK RESEPI....

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam, saiz besar dibelah empat
  • 3 liter air
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar(ila tak letak)
  • 2 sudu teh jintan putih(ila tak letak)
  • ila gantikan dengan bunjut sup tulang....(bila dah cukup masak ila keluarkan utk rasa soto yg lebih ringan)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  •  halia secukupnya(maaflah ila tak tau nak cakap besar dia mcm mana...tp klu yg biasa buat sup atau soto tu tahulahkan hehehehe)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • sedikit lengkuas
  • 2 batang serai
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 15 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  •  kicap lemak manis secukupnya
  • 4 biji limau
  • garam
  • sedikit air panas
  • gula secukup rasa
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat 
  • telur yg telah di rebus
  • ketupat yg telah siap di rebus dan di dadu...
  • suun yang telah di rebus..

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) . Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam cukup masak. kemudian perlahankan api dan biarkan selama 1/2 jam....(nak lagi sedap....biarkan lebih lama). selepas itu masukkan santan pekat tadi...gaul rata dan biarkan mendidih dan bolehlah di matikan api....
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus.  Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan masukkan suun....letakkan daging ayam yang telah disiat dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, berkedil dan telur....
  4. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.....
  5. SELAMAT MENCUBA YA.....

0 ulasan: