BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 11 Mei 2012

Kek Arora

                                                                                             

Bahan² ~ ( loyang bulat 8 inci )       
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan

250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovalette


Cara²

  1. Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C . 
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  3. Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
  6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
  7. Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi )  hingga habis.
  8. Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
  10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
  11. Tompok²kan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
  12. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
  13. ** Cara ila pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api bawah sehingga  masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).

NI BILA DAH POTONG....NAMPAK SEDAPKAN HIHIHI.....MEMANG SEDAP PUNNNNNN...

SELAMAT MENCUBA...


0 ulasan: