BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 25 November 2011

KEK COKLAT KARAMEL


SELAMAT BERTEMU LAGI KAWAN2....HARI NI ILA BUAT GABUNGAN KARAMEL DAN KEK COKLAT...SAPA2 YG SUKA MAKAN KE2 DUA KUIH NI BOLEH CUBA MEMBUATNYA YA...RESEPI DR KAK WINDU NI MEMANG SENANG DAN YG PENTINGNYA LAZAT SEKALI...KLU ADA YG NAK MENCUBA...BOLEHLAH JENGUK RESEPI KAT BAWAH YA...
KEK COKLAT KARAMEL...
Langkah 1: GULA HANGUS
# Cairkan 4 - 5 sd besar gula pasir di dalam loyang sehingga perang dan cair sepenuhnya.
# Bila dah cair sepenuhnya, boleh masukkan 3 sd besar air. (x letak air pun, x apa).
# Tepikan.

Langkah 2: KARAMEL
# Panaskan 3/4 cawan gula pasir dgn 1 tin susu cair.
# Dalam bekas lain pukul 4 biji telur + 1 sd kecil esen vanila (guna garfu je) agak2 sebati.
# Tapis.
# Masukkan adunan yg ditapis ni ke dalam loyang gula hangus tadi.
# Kukus selama 20 minit.

Langkah 3: KEK COKLAT
# 1 cwn minyak masak
# 1 cwn susu pekat
# 1 cwn serbuk koko
# 1 cwn gula pasir
- Campur semua dlm periuk. Masak di atas api perlahan hingga likat. Matikan api.

# Pukul 4 biji telur hingga kembang.
# Masukkan 1 cwn tepung gandum + 1 sd kecil baking powder + 1sudu kecil soda (diayak bersama) ke dalam adunan telur.
# Gaul hingga sebati.
# Bila dh sebati, masukkan adunan yg dimasak td (myk msk, susu pekat, serbuk koko & gula pasir).
# Gaul rata.
# Tuang ke atas karamel yg dh siap dikukus td.
# Kukus lg selama 1 jam.

Selamat Mencuba

0 ulasan: