BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 November 2011

AYAM GORENG PANDAN

 HARI NI ILA MASAK AYAM PANDAN....ADUHAI BAUNYA...SUNGGUH MENGGODA JIWA SESIAPA SAJA YG ADA BERDEKATAN...KLU NAK CUBA...JOMLAH TENGOK RESEPI...

RESEPI ~ AYAM PANDAN ~
Resepi: Buku Masakan Alaf 21 (300 MENU Ramadan & Syawal)
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Samsu.

Bahan2nya:-
1) 500gm isi dada ayam ~ dipotong sederhana n bersihkan.
2) 2 sudu makan sos tiram.
3) 2 sudu makan santan ~ Ayu guna santan kotak ayam brand.
4) 1 sudu makan sos ikan ~ Ayu x letak sbb xda stok....guna minyak shj.
5) 1 sudu makan minyak bijan ~ Ayu hanya guna minyak masak shj.
6) 2 sudu besar bawang putih ~ ditumbuk lumat.
7) 1 sudu besar halia ~ ditumbuk lumat.
8) 1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
9) Garam n serbuk perisa secukup rasa.
10) Beberapa daun pandan ~ utk simpul isi ayam.
11) 2 sudu serbuk kari
Cara Membuatnya:-
1) Satukan sos tiram, santan, sos ikan, minyak bijan, bawang putih, halia, lada hitam, garam n serbuk perisa sehingga mesra.
2) Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap selama 2-3 jam....Ayu hanya perap dlm 40 minit sbb nak cepat masak.
3) Setelah itu, balut ayam dengan daun pandan n semat dgn lidi satey.
4) Panaskan kukusan n kukus selama 10 minit dan kemudian digoreng hingga masak....x perlu goreng lama sgt yer....
5) SIAP utk dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA....

0 ulasan: