BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 29 Januari 2012

AISKRIM DURIAN

                                                              ~Bahan2nya:-~
1/2 tin / 150 ml susu manis,
1 tin / 300 ml air masak,
1 biji telur,
1 sudu mkn penuh ovellate,
1/2 cwn durian
sedikit perwarna kuning..

~ cara2nya:-~
campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan putar dengan kelajuan yg maximum sehingga kembang,gebu dan likat..
masukkan ke dalam bekas dan sejukkan k dlm frezzer sehingga beku
                       

AISKRIM DURIAN COKLAT CHIP

                                        

aiskrim durian coklat chip

Bahan2nya

1 biji kuning telur di pukul dgn 1 sudu teh vanila di pukul kembang
1 biji putih telur di pukul dgn 50gm gula aising sampai tak jatuh
150ml whipping cream di pukul sampai tak jatuh tp tak nak jadi keraS
SETENGAH CWN DURIAN....

cara membuatnya...
campurkan telur. durian,gula aising dan vanila dlm pengisar. kisar sampai durian hancur ya...tp jgn tambahkan air....pastu gaul rata dengan whipping cream yg dah di pukul tadi.... masukkan dlm bekas dan SIAPPPPPP.....BOLEHLAH KERASKAN......selamat mencuba...
                                                

Sabtu, 28 Januari 2012

SERIMUKA DURIAN

                                                                                         
Bahan Lapisan Bawah:
• 2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam
• 2 cwn pulut - direndam selama 3 jam
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus hingga pulut masak.
2. Minyakkan sedikit loyang lain dan tekankan pulut yg telah masak tadi.
3. Kukus semula dan tuangkan adunan lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas:
• 2 cwn santan pekat
• 1/2 cwn isi durian
• 3 sudu makan gula perang
• 3 sudu makan tepung gandum}
• 3 sudu makan tepung kastard} diayak
• 1 1/2 sudu makan gula pasir
• 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya:
1. Satukan santan, gula perang dan durian dalam pengisar ~ kisar sehingga sebati
2. Tuangkan bancuhan ini kedalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan kastard ~ gaul hingga rata.
3. Kemudian masukkan gula pasir dan sedikit garam ~ kacau hingga adunan sebati/rata.
4. Panaskan adunan ini dalam kuali non stick sebentar.
5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 min.
6. Apabila telah masak, sejukkan selama 3-4 jam dan barulah dipotong...

Rabu, 25 Januari 2012

KEK YOGURT BUAH CAMPURAN DGN COKLAT RICE

                                                                                            
Recepinya:
1/2 cup yogurt
1 cup gula perang
... 3 biji telur
11/2 cup tepung gandum
11/2 st baking powder
1/2 cwn minyak masak
1 sb ovellate
1 sk esen vanilla
5 sudu besar coklat rice digaul dgn tepung...
Cara:
1. Panaskan oven....dan sediakan loyang
2. Ayak tepung gandum bersama b.powder
3.Masukkan dlm 1 bekas:yogurt, gula dan telur...pukul hingga kembang
4. Masukkan tepung dan pukul sebati seterusnya masukkan minyak dan pukul hingga sebati. kemudian masukkan coklat rice...gaul rata..
5. Masukkan dlm loyang ....dan bakar selama 45 minute suhu 160c.
Siap...
* tak ada corak kat atas sbb terlupa...maklumlah anak2 sibuk nak bantu sudahnya ila pun terlupa..

KEK JAGUNG KUKUS

                                                                                           
BAHAN A
2 CWN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH GARAM

BAHAN B

1 CWN JAGUNG KRIM DI DLM TIN
1 CWN MINYAK MASAK
1 CWN GULA PASIR
1 BIJI TELUR

CARA MEMBUATNYA:
AYAK BHN A DAN GAUL DGN GARAM.
MASUKKAN BAHAN B DAN KACAU RATA.
MASUKKAN KE DLM LOYANG YG DAH DI SAPU MINYAK DAN DIALAS KERTAS MINYAK.PANASKAN KUKUSAN HINGGA MENDIDIH DAN KUKUS DLM 25 MINIT-30 MINIT...
SIAP UTK DIHIDANGKAN...

kek keju kapas perisa strawberi..

  

BAHAN A
250GM KEJU KRIM
50GM MENTEGA
80GM GULA KASTOR
1 SUDU GULA KASTOR
1 SUDU TEH JUS LEMON
80GM TEPUNG KEK 5 BIJI KUNINELUR GRED A
80GM SUSU SEGARG T KOTAK PERISA STAWBERI
11/2 SUDU BESAR STAWBERI EMULCO

BAHAN B
80GM GULA KASTOR
5 BIJI PUTIH TELUR
1/4 SUDU KECIL SERBUK KRIM TARTAR
200GM INTI BLUEBERI

CARA MEMBUATNYA:
*GRISKAN ACUAN BULAT 9' DAN LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK
*BAHAN A: PUKUL KRIM KEJU,MENTEGA DAN GULA KASTOR HINGGA KEMBANG.MASUKKAN KUNING TELUR DAN JUS LEMON DAN STRAWBERI EMULCO.PUKUL SEBATI.
*MASUKKAN TEPUNG KEK DAN SUSU BERSELANG SELI HUNGGA HABIS SAMBIL DIGAUL SEBATI.PINDAHKAN ADUNAN KE DALAM MANGKUK YANG BESAR SEDIKIT.
*BAHAN B: DALAM BEKAS LAIN,SATUKAN GULA KASTOR,PUTIH TELUR DAN SERBUK KRIM TARTAR.PUKUL HINGGA KEMBANG DAN KENTAL SELAMA LEBIH KURANG 7 MINIT.
*MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM ADUNAN KEJU DAN GAUL PERLAHAN-LAHAN HINGGA SEBATI.
*TUANGKAN ADUNAN KE DALAM ACUAN.BAKAR PADA SUHU 180 C SELAMA 1 JAM.
*SETELAH SEJUK,HIASKAN DENGAN INTI BLUEBERI

kuih cara manis

                                                                                      
BAHAN2NYA:-
1 CWN PENUH TEPUNG
1 BIJI TELUR
1 CWN AIR PANDAN+ SANTAN
PERWARNA HIJAU(JIKA PERLU)
CARA MEMBUATNYA:
MASUKKAN SEMUA BHN KE DALAM PENGISAR...KISAR HINGGA TEPUNG TAK BERKETUL2..KEMUDIAN PANASKAN LOYANG DAN SAPU MINYAK MENGUNAKAN DAUN PANDAN YG DIKOYAK2 DAN DIIKAT. TUANGKAN ADUNAN TADI DAN MASUKKAN 1/2 SUDU KFC GULA...TUTUP LOYANG DAN BILA DAH MASAK BOLEHLAH DIANGKAT...

SELAMAT MENCUBA RESEPI YG MUDAH INI..

SOSEJ KACANG PANGGANG

                                                                                      

1 TIN KACANG PANGGANG
10 BTG SOSEJ DIHIRIS MEMANJANG DAN DIGORENG DULU
3 SUDU MAKAN MINYAK MASAK
4 BIJI CENDAWAN BUTANG DIDADU
1 BIJI CAPSIUM HIJAU 
1` LABU BWG BESAR DIDADU
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
2 SUDU SOS TIRAM
CARA MEMASAKNYA:
PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BWG HINGGA WANGI.MASUKKAN KACANG PANGGANG..GORENG SEKETIKA....MASUKKAN CENDAWAN DAN CAPSIUM...GORENG SEKETIKA...MASUKKAN SOSEJ, GARAM,GULA DAN SOS TIRAM...GAUL RATA DAN MATIKAN API...SIAP....

RESEPI ASAL DR CHEF HANIELIZA YG TELAH DIUBAH SUAI OLEHKU...
SELAMAT MENCUBA...

IKAN TAUCU

Sabtu, 21 Januari 2012

MUFFIN BLUEBERRY

                                                                                      
BLUEBERRY MUFFIN
[32 biji muffin]

Bahan A

500 gm tepung premix muffin blueberry
2 cawan tepung naik sendiri

Bahan B
3 biji telur [pukul sedikit]
150 ml minyak
200 ml susu segar

Cara
1. Panaskan oven 190'C [api atas bawah - jgn gunakan blower/kipas oven]
2. Gaulkan bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati. [gunakan whisker saja]
4. Masukkan adunan dalam acuan muffin kertas hampir penuh [kira2 80% acuan].
5. Bakar selama 20 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan.

Khamis, 19 Januari 2012

IKAN CENCARU BAKAR TOMYAM

                                                                                            

Malam tuan dan puan sekalian...hehehe pernah tak korang cuba ikan bakar tomyam ni??...sekali sekali ubah2 resepi bah...bosan dah ...hari2 masak, sampai ndak tau mau masak apa.....biasa kita buat...tomyam berkuah kan....ni pulak lain sikit ...klu terasa2 nak cuba atau anda sememangnya pengemar tomyam...bolehlah mencuba ya....bhn2nya pun mudah saja...

BAHAN2NYA:
1 EKOR IKAN CENCARU SAIZ SEDERHANA DIBERSIHKAN
2 KETUL KIUB TOMYAM
7 BIJI CILI MERAH DIKISAR
1/2 BIJI CILI BESAR DIKISAR
1/2 BIJI CILI BESAR DIHIRIS
4 ULAS BWG MERAH DIKISAR
2 ULAS BWG PUTIH DIKISAR
2 BTG SERAI DIKISAR
1 BIJI TOMATO DIBELAH 6
1 BTG SADERI DIHIRIS
 1 BIJI CILI HIJAU DIBELAH DUA ATAU PUN KALAU NAK LETAK CILI API PUN BOLEH...
5 HELAI DAUN LIMAU PURUT.

CARA MEMASAKNYA:
SATUKAN BHN2 UTK DIKISAR TADI...MASUKKAN GARAM DAN GULA,...(TP GARAM TU RASA2 DULU YA SEBAB KIUB TOMYAM TU DAH MASIN...)KISARKAN SEKALI....JGN BYK SANGAT AIRNYA YA...BIAR AGAK PEKAT KUAHNYA....
TUANG KE ATAS IKAN YG DAH DILETAKKAN KE ATAS KERTAS FOIL...ALASKAN DGN LOYANG SUPAYA SENANG DIANGKAT....SUSUN CILI BESAR, TOMATO ,SALERI DAN DAUN LIMAU PURUT....KEMUDIAN BOLEH DIBAKAR HINGGA MASAK...KALAU SUKA KUKUS...BOLEHLAH DIKUKUS....

SELAMAT MENCUBA....

SAYUR PERIA GORENG

                                                                                            

1 BIJI PERIA SAIZ SEDERHANA DIHIRIS DAN DI RAMAS DGN GARAM PASTU DICUCI BERSIH SUPAYA KURANG RASA PAHITNYA...
2 ULAS BWG MERAH DI TUMBUK
1 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
1 GENGGAM UDANG KERING DITUMBUK
5 BIJI CILI API DITUMBUK
1 BIJI TELUR
GARAM DAN PERISA ATAU SERBUK IKAN BILIS
4 SUDU BESAR MINYAK

CARA MEMASAKNYA
TUMISKAN BAHAN YG TELAH DITUMBUK TADI..PASTU MASUKKAN UDANG KERING TP JGN LUPA BASUH DULU YA...HEHEHE...MASUKKAN TELUR DAN GAUL HANCUR...MASUKKAN PERIA TADI DAN GAUL SAMPAI MASAK...JGN LUPA MASUKKAN GARAM DAN SERBUK IKAN BILIS YA....
MCM TU JAK...SIAP UTK DIHIDANGKAN KPD KELUARGA...MAKAN DGN NASI PANAS2 SEDAPPPPPP....SEKALI....

IKAN CENCARU BAKAR ALA PORTUGIS

 

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....LAMA DAH RASANYA ILA TAK BERCELOTEHKAN....SIBUK DGN MCM2 AKTIVITI MEMBUATKAN ILA MALAS NAK BERCELOTEH...APA YG PENTING RESEPI DAH MASUK KIRA OKLAH TU KAN....KORANG PUN TENTU MALAS NAK BACA CELOTEH ILA YG TAH APA2 NI...HEHEHE....SEBENARNYA IDEA MEMASAK IKAN NI ILA DAPAT MASA KITA ORANG PI MAKAN2 KAT LUAR...SEKALI RASA JAK ...ILA DAH DAPAT TANGKAP BHN APA YG DIA GUNA ...CEWAH.....PERASAAN PULAK ILA NI KAN HEHEHE....TP BETUL SBB ABG KATA RASA DIA MEMANG SERUPA...MALAH LEBIH SEDAP LAGI...ALHAMDULILLAH...APA YG PENTING ABG SUKA...HAL2 LAIN AKU TAK KISAH PUN..... HEEEEE....KATA ORG...BIAR PUN RESEPI YG SAMA TP LAIN TANGAN YG MEMBUAT, LAIN JUGA RASANYAKAN....APA YG PASTI AKU MEMANG MEMASAK DGN PENUH KASIH SYG KHAS BUAT SUAMI DAN ANAK2 TERCINTA...KORANG NAK CUBA TAK RESEPI ILA?...KLU NAK CUBA...AMBIL JAKLAH RESEPI KAT BAWAH YA....SEMOGA MENEPATI CITARASA ANDA SEKELUARGA....                                      
                                                                                                                              
1 EKOR IKAN CENCARU SAIZ SEDERHANA(IKAN LAIN PUN BOLEH)
10 BIJI CILI KERING DIREBUS DAN DIKISAR( NAK LEBIH PUN BOLEH)
1 BIJI BWG BESAR DIKISAR
5 BIJI BWG MERAH DIKISAR
3 ULAS BWG PUTIH DIKISAR
SEDIKIT BELACAN DIKISAR
3 BIJI BUAH KERAS DIKISAR
1 CWN AIR ASAM
4 SUDU BESAR MINYAK
DAUN KESUM NAK BYK BOLEH...SEDIKIT PUN BOLEH...
GARAM, GULA DAN SERBUK PERISA ATAU SERBUK IKAN BILIS(ILA GUNA SERBUK IKAN BILIS)
1 BIJI TOMATO DIBELAH 6
 1 BIJI CILI HIJAU DIBELAH 2

MASUKKAN MINYAK DAN SEMUA BAHAN KISAR HENDAKLAH DITUMIS DAHULU....MASUKKAN AIR ASAM DAN DAUN KESUM...MASUKKAN GARAM, SEDIKIT GULA DAN PERISA ATAU SERBUK IKAN BILIS...BILA DAH NAIK MINYAK BOLEHLAH DIMATIKAN API....
MASUKKAN IKAN KEDLM KERTAS FOIL DAN ALASKAN DGN LOYANG SUPAYA SENANG DIANGKAT.... KEMUDIAN TUANGKAN BAHAN YG TELAH DITUMIS TADI.....SUSUN TOMATO DAN CILI HIJAU YG TELAH DIBELAH DUA...KEMUDIAN TUTUP DAN BOLEHLAH DIPANGGANG DLM OVEN ATAU KUALI HINGGA MASAK.....
SIAP...SELAMAT MEMASAK....

*KLU NAK LETAK BENDI PUN BOLEH YA...(ILA TAK LETAK SBB KITA ORG TAK SUKA 
MAKAN HEHEHE)
*KLU NAK KUKUS PUN BOLEH....

Sabtu, 14 Januari 2012

KEK LAPIS ANIKA RASA

                                                                                              
250GM MENTEGA
1/2 CWN GULA HALUS
1 SUDU BESAR OVELETTE
1 SUDU BESAR VANILLA
10 BIJI TELUR
3/4 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 CWN SERIKAYA
1 CWN HORLICK
11/2 CWN TEPUNG HONG KONG
COKLAT EMULCO SECUKUPNYA
STRAWBERRY EMULCO SECUKUPNYA
PANDAN EMOLCO SECUKUPNYA
COKLAT CHIP UTK TABUR
KISMIS UTK TABUR

CARA MEMBUATNYA
MASUKKAN MENTEGA, GULA ,OVELETTE DAN VANILLA DLM BEKAS DAN PUKUL SAMPAI KEMBANG. MASUKKAN TELUR SEBIJI2...DAN TERUS PUKUL SAMPAI KEMBANG. MASUKKAN SUSU PEKAT DAN KAYA. PUKUL LAGI. KEMUDIAN MASUKKAN HORLICK DAN KCU SEBATI. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN PUKUL RATA. KEMUDIAN BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN. 1 DI LETAKKAN COKLAT EMULCO,2 DI LETAKKAN STRAWBERRY EMULCO DAN 3 DI LETAKKAN PANDAN EMULCO. SEDIAKAN LOYANG DAN ALASKAN DGN KERTAS. AMBIL 2 SENDUK ADUNAN PINK DAN RATAKAN...KEMUDIAN TABURKAN COKLAT CHIP DAN KISMIS DI ATASNYA. KUKUS HINGGA MASAK...DAN TUANG ADUNAN YG BERWARNA HIJAU PULA...TABURKAN KISMIS DAN COKLAT CHIP ATASNYA...KUKUS LAGI......TUANG LAGI YG WARNA COKLAT...DAN TABUR LAGI KISMIS  DAN COKLAT CHIP... DAN ULANG PROSES YG SAMA  SAMPAI SIAP....
SELAMAT MENCUBA...

KEK LAPIS ASAM BERI

                                                                                              
250GM MENTEGA
1/2 CWN GULA HALUS
1 SUDU BESAR OVELETTE
1 SUDU BESAR VANILLA
10 BIJI TELUR
3/4 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 CWN SERIKAYA
1 CWN HORLICK
11/2 CWN TEPUNG HONG KONG
ASAM BERI SECUKUPNYA
SEDIKIT PERWARNA HIJAU

CARA MEMBUATNYA
MASUKKAN MENTEGA, GULA ,OVELETTE DAN VANILLA DLM BEKAS DAN PUKUL SAMPAI KEMBANG. MASUKKAN TELUR SEBIJI2...DAN TERUS PUKUL SAMPAI KEMBANG. MASUKKAN SUSU PEKAT DAN KAYA. PUKUL LAGI. KEMUDIAN MASUKKAN HORLICK DAN KCU SEBATI. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN PUKUL RATA. KEMUDIAN BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. 1 DI WARNAKAN DGN PERWARNA HIJAU. SEDIAKAN LOYANG DAN ALASKAN DGN KERTAS. AMBIL 2 SENDUK ADUNAN BIRU DAN RATAKAN...KEMUDIAN SUSUN ASAM DI ATASNYA.BAKAR GUNA API ATAS BAWAH HINGGA WARNA ATAS AGAK KECOKLATTAN...KEMUDIAN KELUARKAN DAN TEKAN DGN ALAT PENEKAN.KEMUDIAN TUANG LAPISAN WARNA COKLAT TADI...DAN LETAK ASAM...BAKAR DGN API ATAS SAHAJA DAN ULANG PROSES YG SAMA  SAMPAI SIAP....
SELAMAT MENCUBA...

SUP IKAN MERAH

                                                                                       

1 EKOR MERAH SAIZ SEDERHANA  DIPOTONG 5
1 BUNGKUS SUP BUNJUT IKAN
5 CWN AIR
1 SUDU KECIL LADA PUTIH
1 BIJI TOMATO
1 BTG 1 BTG SERAI DI TITIK
1 BATANG SALERI DIHIRIS
DAUN SUP SECUKUPNYA
3 BIJI CILI API
2 SUDU BESAR MINYAK

BAHAN HIRIS
4 ULAS BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH 
4CM HALIA

CARA MEMASAKNYA:
BERSIHKAN IKAN DAN TOSKAN. PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN HIRIS HINGGA WANGI. MASUKKAN AIR, LADA PUTIH DAN SUP BUNJUT IKAN. SETELAH MENDIDIH...MASUKKAN IKAN DAN TOMATO....MASUKKAN SALERI DAN CILI API ...MASUKKAN GARAM DAN SEDIKIT GULA.BIARKAN MENDIDIH DAN  BILA IKAN MASAK BOLEHLAH PADAMKAN API. TABURKAN DAUN SUP DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN....

SELAMAT MENJAMU SELERA...
 

BUBUR NASI DAN JAGUNG BERUDANG.......

                                                                                       
2 CWN BERAS
2 BATANG JAGUNG DIHIRIS NIPIS
1 MANGKUK UDANG @ 1 KETUL DADA AYAM
1KOTAK KECIL SANTAN@ 200ML SANTAN PEKAT
BWG MERAH 5 ULAS (DIKISAR)
3 ULAS BWG PUTIH (DIKISAR)
HALIA SEBESAR IBU JARI(DIKISAR)
1 SUDU KECIL PENUH SERBUK LADA PUTIH
2 LITER AIR
GARAM DAN 1 KIUB PATI BILIS(KLU MENGUNAKAN AYAM...GANTIKAN DGN 1KIUB PATI AYAM)
CARA MEMASAKNYA;
TUMISKAN BAHAN KISAR HINGGA KEKUNINGAN. MASUKKAN BERAS DAN JAGUNG KE DLM PERIUK...HIDUPKAN API....MASUKKAN AIR DAN BAHAN YG TELAH DI TUMIS TADI..MASAK SAMPAI JADI BUBUR..(MASAKKAN NI KENALAH KERAP DI GAUL YA SBB NANTI BERKERAK DI BAWAH).......KEMUDIAN TUANGKAN SANTAN. MASUKKAN GARAM DAN KIUB IKAN BILIS...GAUL RATA...BIARKAN MENDIDIH  DAN BOLEHLAH PADAMKAN API ....SIAP...SELAMAT MENCUBA....

Selasa, 10 Januari 2012

PERKEDIL JAGUNG

                                                                                               
2 BTG JAGUNG DIHIRIS
3 CWN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
4 HELAI DAUN SUP DIHIRIS
2 BIJI BWG MERAH DI HIRIS HALUS
1 BIJI CILI MERAH DIHIRIS HALUS
1 GENGGAM UDANG KERING DITUMBUK @ 1 MANGKUK KECIL UDANG SEGAR SAIZ KECIL(YG NI TAK YA TUMBUK YA...MASUK JAK SEBIJI2)
GARAM DAN PERISA@ 1 SUDU KECIL SERBUK PATI BILIS
AIR SECUKUPNYA
MINYAK UTK MENGORENG

CARA MEMBUATNYA:
MASUKKAN JAGUNG YG DAH DIHIRIS TADI DLM MANGKUK SEDERHANA BESAR...MASUKKAN TEPUNG,TELUR, BAWANG, DAUN SUP,CILI MERAH DAN UDANG ....GAUL RATA.....MASUKKAN AIR SECUKUPNYA....JGN TERLALU CAIR YA....MCM YG KITA BUAT CEKODOK TU JAK...PASTU MASUKKAN GARAM DAN SERBUK PATI BILIS....GAUL SEBATI DAN BOLEHLAH MULA DI GORENG HINGGA KEKUNINGAN....SELAMAT MENCUBA...

Ahad, 8 Januari 2012

PERCUTIAN KE JANDA BAIK DGN MAKHOSTIA(KLIA MEMBER)

PENAT DARIPADA BALIK DARI JANDA BAIK,PAHANG TAK HABIS LAGI..SERONOK SANGAT BERADA DI SANA DGN KWN2...& YG BUKAN KWN2 TAPI YG KINI MENJADI KWN HAHAHAHA...ANAK2 JGN CAKAPLAH MCM MANA KESERONOKAN MEREKA..BYGKNLAH DARI SAMPAI HINGGA KE LEWAT PETANG MASIH BERENDAM DALAM AIR..PARA EMAK & BAPA PULAK..BERGOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN HIDANGAN UTK MAKAN MALAM..MAKANAN TENGAHARI KITA ORNG TAK MASAK...SBB BOS BELANJA MAKAN KFC OOOO...DLM SIBUK2 MENYIAPKAN MAKANAN UTK MAKAN MALAM SEMPAT LAGI BUDAK2 SABAH MINTAK ILA BUAT BEROBOK..HAHAHA KORANG TAUKAH APA BENDANYA NI???MASAKAN TU LEBIH KURANGLAH MACAM BUBUR AYAM CUMA DIMASUKKAN SAYURAN & JAGUNG..ILA TAK SANGKA PULAK YANG RAMAI KWN2 DARI SEMENANJUNG YANG MENYUKAINYA......LEPAS JAK ACARA POTONG MEMOTONG....ILA DAN ABG PUN TERJUN SEKALI KEDLM SUNGAI TU....SEJUKKKKK OOOOOOOO.....MCM2 HIDANGAN DAN AKTIVITI YG DIBUAT ...YG PALING BEST IALAH...ACARA BORAK2 KOSONG DGN KAWAN...HEHEHE......UTK MAKAN MLM SEMLM...BERBAGAI JENIS IKAN DAN AYAM PANGGANG SERTA NASI GORENG SPECIAL DARI CHEF GADEK....ADA 3 JENIS KEK LAGI...DAN MCM2 MAKANAN ADA...KLU NAK DI TULIS SEMUA HIDANGAN YG DIMASAK SEMLM DAN HARI NI TAK LARAT RASANYA NAK TULIS SEMUANYA...MEMANG PERCUTIAN TERBAIKLAH DGN KAWAN2 SEMUA.........LAIN KALI KITA PI BERCUTI LAGI YA....

KEK COKLAT MOIST

                                                                                               

KEK COKLAT MOIST KUKUS RESEPI ASAL DR PUAN MUNIRAH
Resepi: Bhn A
1 cwn gula pasir,
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak....
Mskkan semua bhn dlm periuk dan masak hingga gula larut. msk guna api perlahan..ketepikan

Bhn B
tpg gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kfc
baking pawder 1 sudu kfc
Ayak semua bhn..

Bhn c
4 biji telur, di pkl kembang
satukan bahan B+c ke dlm bhn A..berselang seli..gaul dgn senduk jak.bila dah sebati..tuang dlm loyabg dan bolehlah dikukus..hingga masak..

Jumaat, 6 Januari 2012

kek brownie badam

                                                                 Bahan:
190g mentega/marjerin
190g coklat masakan
200g gula kastor
130g kacang walnut/gajus atau badam yang telah dibakar
125g tepung gandum}
1/2 sudu teh baking powder},diayak
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Griskan acuan empat segi 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan
   ketuhar pada suhu 180'C.
2.Mentega & coklat masakan disatukan dalam periuk.Cairkan secara double-boiler.
   Sejukkan.
3.Pukul telur,gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan gebu.
4.Tuangkan larutan coklat tadi ke dalam adunan telur sambil digaul rata.
5.Masukkan kacang walnut dan akhir sekali bahan yang diayak tadi.Gaul perlahan
   dengan senduk kayu hingga sebati.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Bakar selama 1 jam.
                             


Khamis, 5 Januari 2012

KETAM MASAK LEMAK

                                                                                      
4 EKOR KETAM DI POTONG KECIL...
3 ULAS BAWANG MERAH DITUMBUK
2 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
SEDIKIT HALIA DITUMBUK
1 BTG SERAI DI TUMBUK SEDIKIT
4 BIJI CILI API
2 CWN SANTAN PEKAT
3 CWN SANTAN CAIR (SANTAN PEKAT DAN CAIR ITU DR 1 BIJI KELAPA YA...)
1 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT..
3 SUDU BESAR MINYAK
GARAM DAN PERISA ATAU KIUB PATI BILIS

CARA MEMASAKNYA:
TUMISKAN BHN2 YG SUDAH DI TUMBUK TADI DAN JUGA SERAI... HINGGA KEKUNINGAN....MASUKKAN SANTAN CAIR DAN KUNYIT...BIARKAN MENDIDIH SEDIKIT  DAN MASUKKAN KETAM YG DAH DI POTONG KECIL SAMBIL DIGAUL....BILA KETAM DAH MASAK...BOLEHLAH MASUKKAN SANTAN PEKAT TADI. MASUKKAN GARAM DAN PERISA@ 1 KETUL KIUB PATI BILIS ....SAMBIL DIGAUL DAN PERLAHANKAN API...JGN SAMPAI PECAH MINYAK YA.....BILA DAH MENDIDIH TERUS MATIKAN API ...SIAP...SELAMAT MENCUBA.....

Isnin, 2 Januari 2012

KUIH KERIA PEDAS

                                             

BAHAN2NYA:
                       
5 biji ubi keledek saiz sederhana di rebus dan di lecek
200gm tepung gandum
1 biji telur
1 ulas bwg putih ditumbuk
2 ulas bwg merah ditumbuk
segenggam udang kering
5 biji cili api(klu nak pedas lagi...boleh jak tambah)..ditumbuk
garam dan perisa secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
ubi keledek yg dah dilecek  tu masukkan dlm bekas sederhana...masukkan telur dan bahan2 yg dah ditumbuk tadi...gaul rata dan masukkan tepung.....gaul sampai rata...ya kwn2...hehehe...pastu bolehlah di bentuk...di sebabkan adunan ni memang agak lembut jadi kedua2 tangan hendaklah di sapu dgn tepung agar kurang lekatnya....pastu letaklah dlm pinggan yg dah di taburkan tepung agar tidak melekat sementara menunggu utk di goreng...bila semua dah siap dibentuk mcm kuih donut kecil...bolehlah di goreng hingga kekuningan....SIAP.... SEMOGA TEMAN2 SUDI MENCUBANYA....