BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 21 Mei 2012

SOTO JAWA

AKHIRNYA......SETELAH HAMPIR 13 TAHUN DAPAT JUGA AKU MERASA SOTO JAWA NI LAGI....KALI PERTAMA ILA MAKAN TAHUN 1999...IA DIHIDANGKAN OLEH PELAJAR ILA MASA TU.....JGN PULAK KORANG TERKEZUT YA...HEHEHE....PELAJAR ILA BUKANNYA KANAK2 TP ORG DEWASA SEBENARNYA....ALMAKLUMLAH...ILA NI KAN GURU MASAK MEMASAK DULU2 HAHAHAHA....TAK SANGKA ILA....DARI SORANG YG TAK RETI APA2 TETIBA JADI GURU KEMAS DAN AJAR MAK2 ORG PULAK TU....MASA TU ILA BARU BERUMUR 19 TAHUN TAU....MEMANG TAK TAU APA2 MASA KENA HANTAR PI PUSAT LATIHAN KAT TERENGGANU DULU....TP...ALHAMDULILLAH...ILA BERJAYA MENGHARUNGINYA...MENGENANGKAN SAAT2 PAHIT DAN MANIS ITU KADANG2 MEMBUATKAN ILA BERFIKIR.....BETAPA BERSYUKURNYA AKU KERANA DIHANTAR KE SANA WAKTU TU...KLU TAK...AGAKNYA SAMPAI KESUDAH ILA NI TAK RETI BUAT APA2...MULA2 TU KECEWA JUGA...KERANA JAWATAN YG DI POHON ITU KAN GURU TADIKA...KENAPA TETIBA KENA TUKAR PULAK...KENA BELAJAR MASAK, MENJAHIT, MENYULAM DAN TAH APA2 LAGI LAH....ILA PUN DAH TAK INGAT....MENANGIS2 WAKTU TU....TP APA BOLEH BUAT...TERPAKSA TERUSKAN JUGA....DAN....SEPERTI YG SELALU ORANG KATA...SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAHNYA...BEGITULAH JUGA KEJADIANNYA DGN ILA NI...DARI SEORANG YG TAK RETI MASUK DAPUR DAN BUAT KERJA2 RUMAH....TETIBA MENGAJAR ORG PULAK...(MAK BUDAK PULAK TU) HEHEHEH....APA PUN TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YG KAU BERIKAN ITU....

AMBOI...PANJANGNYA CELOTEH ILA NI....JOM...JOM...JOM...TENGOK RESEPI....

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam, saiz besar dibelah empat
  • 3 liter air
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar(ila tak letak)
  • 2 sudu teh jintan putih(ila tak letak)
  • ila gantikan dengan bunjut sup tulang....(bila dah cukup masak ila keluarkan utk rasa soto yg lebih ringan)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  •  halia secukupnya(maaflah ila tak tau nak cakap besar dia mcm mana...tp klu yg biasa buat sup atau soto tu tahulahkan hehehehe)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • sedikit lengkuas
  • 2 batang serai
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 15 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  •  kicap lemak manis secukupnya
  • 4 biji limau
  • garam
  • sedikit air panas
  • gula secukup rasa
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat 
  • telur yg telah di rebus
  • ketupat yg telah siap di rebus dan di dadu...
  • suun yang telah di rebus..

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) . Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam cukup masak. kemudian perlahankan api dan biarkan selama 1/2 jam....(nak lagi sedap....biarkan lebih lama). selepas itu masukkan santan pekat tadi...gaul rata dan biarkan mendidih dan bolehlah di matikan api....
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus.  Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan masukkan suun....letakkan daging ayam yang telah disiat dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, berkedil dan telur....
  4. SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.....
  5. SELAMAT MENCUBA YA.....

Ahad, 20 Mei 2012

ANIKA APAM POLKADOT PELBAGAI RASA

   SELAMAT TENGHARI :) hari yang cerah & angin yg sepoi2 bahasa bertiup .. fuhhhh !! hari ni apa menunya ?? APAM POLKADOT je lah .. lawa tak ?? hehehe , hasil kerja aku & anak2 tadi .. jom tngok gmbr kt bawah ni pulak

mari3 !! manggis ada , tembikai ada , strawberry ada .. kihkihkih :) apam ni ada inti antaranya .. * blueberry * coklat chip .. jom2 tengok resepi pulak ye .. semoga berjaya tau , buat lah lawa2 , lawa dari yg kat atas2 ni .. hehehe ..

RESEPI ~ APAM PALKADOT (Versi Buah2an)
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.

DICOPY : oleh ku :)

Bahan2 (A)
1) 3 biji telur (B) ~ dari aisbox.
2) 220gm gula halus/kastor ~ Ayu guna gula kastor.
3) 1 sudu teh ovelette.

Bahan2 (B)
1) 150gm susu kotak Nestle ~ yg sejuk dari aisbox (utk apam yg lembut)
2) 275gm tepung gandum ~ di ayak.
3) 1 sudu teh serbuk penaik ~ di ayak.

Bahan2 (C)
1) Filling ~ apa2 aja ~ Ayu guna coklat chip.
2) Perisa n pewarna yg disukai.

Cara2:-
1) Pukul semua bahan (A) sehingga kembang putih gebu.
2) Masukkan susu pukul lagi sehingga pekat n berkrim.
3) Masukkan tepung n baking powder n pukul lagi sampai pekat.
4) Bahagikan kpd beberapa bahagian n warnakan serta letak perisa yg di sukai. Masukkan dlm piping bag bagi setiap warna. Gunting sikit hujungnya….
5) Masukkan 1/2 adunan ke dlm ppcup, letak filling n tutup balik dgn adunan yg sama sehingga 3/4 ppcup.
6) Dot2kan atau corak2kan mengikut suka di atas permukaan adunan tadi dgn memicit perlahan-lahan.
7) Panaskan periuk kukusan sehingga air mendidih. Kukus dgn api sederhana n kukuslah selama 10-15 minit.

SELAMAT MENCUBA....

Jumaat, 18 Mei 2012

KUIH LAPIS....

Apa khabar semua ?? maaf lah dah lama x berceloteh , x ada masa & kadang2 penyakit "M" pun datang ..
kali ni mari kita lihat , oh ! kuih lapis lah .. hehehe , sblum ni suami dan anak2 x suka pun kuih ni , x tau lah kenapa berminat pulak kali ni .. baru keluar dari acuan dah kata " mummy , nak makan boleh ? " kihkihkih .. laju je bertanya .. makan2 dijemput ya .. ok lah jom kita tengok resepi yang aku copy paste ni .. selamat mencuba :)

RESEPI ~ KUIH LAPIS ~
Sumber: Kak Linda Merc.
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.

dicopy oleh: Fatimah ila.....

Bahan2nya:-
1) 2 cawan santan ~ Ayu guna santan kotak Ayam Brand (1/2 cwn santan + 1 1/2 cwn air)
2) 2 sudu makan tepung beras.
3) 2 sudu makan tepung kastard.
4) 1 cawan tepung gandum.
5) 1/2 cawan gula pasir ~ Ayu guna gula kastor.
6) Secubit garam ~ Ayu guna 1/2 sudu kecil.
7) Perwarna merah, hijau dan biru....

Caranya:-
1) Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Ila hanya bahagikan kepada 3.
3) Didihkan air kukusan, sapukan acuan dgn sedikit minyak masak dan masukkan sesudu adunan ke dlm acuan dan kukuslah selama 2-3 minit atau kering. Kemudian masukkan lagi 1 sudu warna asal.... Ulanggi proses melapis sehingga habis.
4) Setelah lapisan terakhir....kukus lagi selama 10-15 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA....

Selasa, 15 Mei 2012

kuih puteri ayu


how are you ?? cewahh , nak berspeaking london pulak kan .. nmpak x gmbr yang tertera kat atas ni ?? mesti lah kan , kan , kan .. ni first time aku buat kuih ni . anak2 aku pun look excited sangat , kejap je dah habis dingapp !! kihkih , jom2 kita jenguk resepi yang best ni !!

Kuih Seri Ayu
Sumber Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com
Sumber:jintanmanis
Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur(ila guna 3)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.
*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.


SELAMAT MENCUBA......:)

Ahad, 13 Mei 2012

CHEESE CAKE YOGURT

Morning semua .. :) , tengok apa tu ? macam mana nampak sedap x ? gebuss je kan .. nyum3 , kek ni siap 11.30 malam tau .. terus masuk perut , first time aku buat cheese cake guna yogurt . sebelum ni kosong je lepas tu letak filling blueberry kat atas .. x sampai 2 hari dah selesai kek ni semuanya ,



sepotong je , cukup x ? hehe .. jemput makan ^_^ . sambil tu jom tengok resepi yang best sangat ni .. semoga berjaya tau .. :)

 BAHAN2NYA

70gm gula kastor
6 biji kuning telur
50gm mentega
250gm cream cheese
100ml susu segar
80gm tepung kek


150gm yogurt(ila guna perisa manga)

BAHAN B:
70gm gula kastor
6 buji putih telur
1 sd kecil krim of tartar

cara2,
cairkan keju,susu,gula dan mentega atas api perlahan..kacau hingga larut, cara double-boiler sejukkan. kemudian masukkan kuning telur(pukul dulu sedikit guna garpu) dan yogurt...kacau sebati dan matikan api...






kemudian masukkan tepung kek gaul sebati .



dalam bekas yg lain,pukul putih telur dgn gula serta cream of tatar hingga kembang(meringue)

campurkan 1 senduk ke dlm adunan tepung td & kaup balik buat sampai adunan putih telur habis

griskan loyang & taburkan sedikit tepung,alas dgn kertas minyak,bakar cara steam bake pada suhu 160'c selama 1 jam @hingga masak..guna api atas bawah. setelah masak ....keluarkan loyang yg berisi air dan tinggalkan loyang yg berisi kek di dlm oven dengan pintu yg terbuka sedikit...biarkan dlm 10 minit baru di terbalikkan di atas jaring dan kuarkan dr loyang....


SIAP......SELAMAT MENCUBA....

Jumaat, 11 Mei 2012

Kek Arora

                                                                                             

Bahan² ~ ( loyang bulat 8 inci )       
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan

250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovalette


Cara²

  1. Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C . 
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  3. Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
  6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
  7. Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi )  hingga habis.
  8. Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
  10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
  11. Tompok²kan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
  12. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
  13. ** Cara ila pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api bawah sehingga  masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).

NI BILA DAH POTONG....NAMPAK SEDAPKAN HIHIHI.....MEMANG SEDAP PUNNNNNN...

SELAMAT MENCUBA...


Ahad, 6 Mei 2012

MAGGIE GORENG ....

                                                                                          

Assalammualaikum semua.....sorry ya...gambar ni dah lama masuknya tp resepi tak juga masuk2...hehehe...biasalah kadang2...dah byk2 ni terlupalah pulak nak jenguk2 kebawah kan.....maggie goreng ni biasa ila buat masa malas nak masak sebenarnya......yalah hari2 masakkan...kadang2 bosan jugak...tu yg masak mee ni.....oklah jom kita jenguk2 resepi cara ila ni...setiap org ada caranya kan...sedap bagi kita belum tentu sedap bagi org lain...apa yg penting....sesuai dengan selera kita sekeluarga kira oklah tukan...kan...kan....


RESEPINYA:

1 BUNGKUS MEE SEGERA GORENG TAK KISAHLAH PERISA APA YA...(REBUS 2 MINIT)
PERENCAHNYA JGN BUANG YA...
2 BIJI BWG MERAH ROS DIHIRIS
1 BIJI BWG PUTIH...DIHIRIS
3 EKOR UDANG
4 BIJI FISH BALL(TAK ADA PUN TAK APA)
1 BIJI CILI BESAR DIHIRIS....
SEGENGGAM TAUGE
2 BTG SAWI DI POTONG KECIL...
1 BIJI LIMAU (JIKA SUKA)
1 BIJI TELUR
1 BIJI TELUR DIGORENG (UTK HIASAN)
SEDIKIT KICAP JIKA SUKA

CARA MEMBUATNYA:
 TUMISKAN BWG MERAH DAN PUTIH HINGGA KEKUNINGAN....MASUKKAN UDANG DAN FISH BALL...GAUL SEKETIKA ..MASUKKAN MEE YG DAH DI REBUS TADI...MASUKKAN PERENCAHNYA...GAUL RATA...MASUKKAN KICAP DAN GAUL LAGI...MASUKKAN TAUGE DAN SAWI SERTA CILI BESAR TADI.....KACAU RATA2...KEMUDIAN PECAHKAN SEBIJI TELUR DI TENGAH2NYA......KACAU 2...MCM KITA GORENG MEE BIASA TU....GAUL RATA2 DAN SIAP UTK DI HIDANGKAN....
LETAK DLM PINGGAN DAN HIASKAN DENGAN LIMAU DAN TELUR GORENG TADI...
                                      
                                                     SIAP...SELAMAT MENJAMU SELERA....

Sabtu, 5 Mei 2012

LALA ALA THAI


Japanese cheese cake


LAMA BETUL TAK BUAT CHEESE CAKE.....TIBA2 RASA TERINGINLAH PULAK...TU YG MEMBUAT CHEESE CAKE TENGAHARI BUTA....ORG SIBUK MASAK MAKAN TENGAHARI...AKU PULA SIBUK DENGAN CHEESE CAKE KU INI.....ALHAMDULILLAH DENGAN TUNJUK AJAR KAWAN2....DAN RESEPI DARI DUYUNG INI......MAKA TERHASILLAH CHEESE CAKE YG GEBU DAN LAZAT INI.....KLU RASA NAK CUBA...SILALAH YA JENGUK2 KE BAWAH HEHEHEHE....


japanese cheese cake(resepi duyung)


140gm gula halus
6 biji kuning telur
6 biji putih telur(pastikan tiada sedikit pun kuning telur..kl dok tak jadi)
1 sd kecil krim of tatar
50gm mentega
250gm cream cheese
100ml susu segar
60gm tepung kek
20gm tepung jagung
1 sd besar jus lemon

cara2,
cairkan keju,susu dan mentega atas api perlahan..kacau hingga larut,sejukkan.

kemudian masukkan tepung kek,tepung jagung,kuning telur,pukul sebati pastu masukkan jus lemon.

dalam bekas yg lain,pukul putih telur dgn gula serta cream of tatar hingga kembang(meringue)

campurkan 1 senduk ke dlm adunan tepung td & kaup balik buat sampai adunan putih telur habis

griskan loyang & taburkan sedikit tepung,alas dgn kertas minyak,bakar cara steam bake pada suhu 160'c selama 1 jam @hingga masak..guna api atas bawah. setelah masak ....keluarkan loyang yg berisi air dan tinggalkan loyang yg berisi kek di dlm oven dengan pintu yg terbuka sedikit...biarkan dlm 10 minit baru di terbalikkan di atas jaring dan kuarkan dr loyang ye..sejukkan..


Jumaat, 4 Mei 2012

CEKODOK KELAPA PISANG


BAHAN2NYA:

1 CWN PISANG DILENYEK
1 CWN KELAPA PARUT PUTIH
1 BIJI TELUR
1/2 SUDU GARAM
1 1/2 CWN TEPUNG NAIK SENDIRI
GULA JIKA PERLU(ILA TAK LETAK SEBAB PISANG DAH MANIS)

CARA MEMBUATNYA:
MASUKKAN SEMUA BAHAN DLM BEKAS DAN GAUL RATA...BIARKAN DLM 15 MINIT BARU DI GORENG.....
SIAP....
ANAK2 PUN BOLEH BUATKAN HEHEHEHE.....


CUCUR UDANG

                                                                                             

BAHAN A (CUCUR) :

-2 CAWAN TEPUNG GANDUM
-1/2 CAWAN TEPUNG BERAS
-1 CAWAN DAUN KUCAI
-1 CAWAN TAUGE
-3 BIJI CILI MERAH (DICINCANG)
-1 SUDU KECIL GARAM
-500 MILILITER MINYAK
-400 GRAM UDANG SEDERHANA BESAR


BAHAN B (DIKISAR) :

-1 SUDU BESAR UDANG KERING
-1 LABU BAWANG BESAR
-2 BIJI CILI MERAH
-2 CAWAN AIR

GAUL RATA SEMUA BAHAN DLM 1 MANGKUK.....(KECUALI UDANG DAN MINYAK)
PASTU....MASUKKAN MINYAK YG BANYAK DLM KUALI DAN RENDAMKAN SENDUK DLM MINYAK HINGGA PANAS...(TP JGN PULA GUNA SENDUK PLASTIK YA)....HABIS LEBUR NANTI HEHEHEHE...KEMUDIAN MENGUNAKAN SENDUK LAIN....SENDUKKAN KE DLM SENDUK YG DI PANASKAN TADI DAN LETAKKAN UDANG ATASNYA....GORENG TERENDAM HINGGA AGAK KUNING DAN KLU MELEKAT BOLEH KELUARKAN DGN SUDU.....DAN BIARKAN MASAK....BOLEHLAH BUAT HINGGA SIAP...


BAHAN A (SOS CILI )-DIKISAR :

-10 BIJI CILI MERAH (DIBUANG BIJI)
-1 CAWAN AIR
-3 SUDU BESAR CUKA
-1 ULAS BAWANG PUTIH (SEKIRANYA SUKA)
-3 SUDU BESAR SOS TOMATO
-2 SUDU BESAR GULA
-GARAM SECUKUP RASA

BAHAN B (DIBANCUH) :
-3 SUDU BASAR AIR
-1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG

MASUKKAN SEMUA BAHAN UTK SOS DLM KUALI KECIL DAN MASAK HINGGA MENDIDIH DAN PEKAT.

RESEPI : CHEF HANIELIZA ( SENANGNYA MEMASAK : KUIH-MUIH)


Khamis, 3 Mei 2012

HOKAIDO CUPCAKES

                                                                                               
RESEPI YG SAYA COPY DARI  Iza Suib MAKASIH UTK RESEPINYA YA....MEMANG SEDAP DAN ANTARA YG TERBAIK.....
 
HOKAIDO CUPCAKES

BAHAN BAHAN

A) 5 biji putih telur
1sdk cream of tartar
80 gm gula halus

Putar sehingge menjadi kental ( MERINGUE )

B ) 5 biji kuning telur
30 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
40 ml minyak jagung
40 ml susu segar

C ) 60 gm tepung kek
25 gm tepung custard
1 tsp baking powder

(sy guna telur gred B)

CARE CARA

1. Ayak tepung kek, tepung custard dan b.powder
2. Putar telur kuning dan gula hingge kembang
3. Masukkan minyak dan susu segar.
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan kedalam cup 3/4 penuh ( 80 peratus cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan gelembong udare di dalam kek )
7. Bakar pade suhu 100 C selama 20 minit atau sehingge masak kekuningan )

BAHAN CUSTARD

1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula castor
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ butter

1.Satukan bahan dan masak hingge adunan pekat dan berkilat. ( kkzu masak atas double boiler ).
Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan kesemua bahan. .Sentiase mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini
2. Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah tengah kek.Cucuk nooczle ke dalam dan picit..
resepi asal kak zu
telah diolah :- jelina tajul azman
p/s:-kalo yg xde tpng kek..boleh buat sendiri...
2 sudu besar Tepung Jagung + 3/4 cawan Gandum ..ayakkan.
kemudian dptkan 60gm..tu jer.....tunjuk ajar dr
kak chahaya sheila