BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Februari 2012

ayam golek

Tambah kapsyen

                                                                                            
Resepi: Chef Hanieliza (1 HARI 1 RESEPI)
Oleh: Pn. Rahayu Samsu.
dan 
di copy oleh Fatimah ila hahaha
makasih kak ayu...

Bahan (A)
1) 1 ekor ayam (1.6 kilogram) ~ brp2 pun boleh juga.
2) 5 helai daun limau purut (dikoyak)
3) 3 cawan santan (1 biji kelapa) ~ Ayu guna santan kotak aja.
4) 3 batang serai (diketuk)
5) Garam secukup rasa.

Bahan (B) ~ dikisar....
1) 4 biji buah keras.
2) 6 biji bawang merah.
3) 4 ulas bawang putih.
4) 1 inci kunyit hidup ~ Ayu guna serbuk kunyit aja.
5) 1 inci halia.
6) 1/2 inci lengkuas ~ Ayu x letak sbb xda stok.
7) 15 tangkai cili kering .
8) 5 biji cili api ~ sekiranya suka pedas.

Cara Membuatnya:-
1) Bersihkan ayam dan tuskan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi.
3) Masukkan ayam, santan, garam dan daun limau purut. Masaklah sehingga kuahnya pekat.
4) Letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200cc selama 30 minit. ~ Ayu cucuk dkt batang besi pemanggang tu n tergantunglah dia tergolek-golek....
5) Angkat n keluarkan ayam dari ketuhar. Letak dlm pinggang n siramkan kuahnya di atas ayam semasa menghidang....

SELAMAT MENCUBA....

0 ulasan: