Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa oren
1 tin fruit cocktail
4 sudu besar tepung kastard
7 sudu besar gula
400ml susu
sedikit vanila
200ml air
200ml air
Cara:
1. Campurkan air, gula,vanila dan susu dan masak sehingga menggelegak kemudian masukkan tepung kastard yg dibancuh dgn sedikit air.... dan masak mengikut kepekatan yg diinginkan.....angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni].
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk....
SIAP DAN SELAMAT MENCUBA.....
0 ulasan:
Catat Ulasan