BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 20 Oktober 2013

         Assalamualaikum pembuka bicara di tahun 2013 ini....sungguh 2013 ni merupakan tahun yg begitu mencabar utk ila sekeluarga....mcm2 dugaan yg mendatang namun syukur kerana kami masih bisa mengharunginya...terima kasih yg tak terhingga atas sokongan keluarga dan rakan2 semua...semoga selepas semua yg terjadi dlm kehidupan kami ini akan berakhir dan hari2 yg indah pula akan menjelma....terlalu lama dah ila tak kongsikan apa2 kat blog ni....ila rindu....bukan tak masuk kat sini....hari2 ila masuk tp........bila hati sedang berduka......tak terdaya ku luahkan apa2....
         terima kasih atas kunjungan kwn2 semua...innsyaAllah....bila semuanya dah tenang ila akan kongsikan sesuatu disini ya....
           Untuk anak2ku Farhana hafizah dan nurul hazwani hamizah...semoga lulus dengan cemerlang dlm pmr dan upsr ....
           Mummy akan kongsikan semua disini agar mudah menjadi rujukan anak2 dan menantu mummy nanti.....
           Semoga kita semua berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat Aamiiinnnn....

Rabu, 5 September 2012

PUDING BANDUNG CINCAU



BAHAN2NYA:
1 bungkus agar2 serbuk 10g,
 1 tin susu cair,
600ml air,
gula secukup rasa,
cincau dihiris memanjang
,sirap ros secukupnya


CARA MEMBUATNYA:





campurkan semua bahan dlm 1 periuk kecuali sirap ros....masak sampai mendidih sambil di gaul. bila dah mendidih baru masukkan sirap ros dan matikan api. tuang dlm loyang dan taburkan hirisan cincau tadi....siappppp...

Isnin, 30 Julai 2012

MEE BANDUNG

                                                                                              
500gm mi kuning
300gm ayam di potong kecil
200gm udang
100gm sotong
1 kiub pati daging
1oogm tauge
100gm sawi
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 mangkuk air
3 biji kentang di rebus dan di kisar
5 sudu besar kacang tanah yg dah digoreng dan di kisar halus
2 biji telur
garam 
 limau dan bwg goreng utk hiasan

bahan utk menumis:
sedikit halia
2 sudu besar cili kisar
3ulas bwg putih(ditumbuk)
5 ulas bwg merah(ditumbuk)

cara membuatnya:
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
masukkan ayam,udang dan sotong
masukkan kuib ayam, sos tomato, cili dan sos tiram serta garam. dan air. biarkan hingga mendidih.
masukkan mi dan sawi serta tauge...masukkan telur dan biar agak masak baru di gaul pelahan.
bila dah masak bolehlah di tutupkan api dan dihias dgn bawang goreng dan limau....

SIAPPPPP
SELAMAT  MENCUBA SEMUA...

CHEESE BAKED MEATBALL

                                                                                                                                                                               


Bahan :

500 gr daging cincang
3 sdm tepung kanji
 2 butir telur
1 sdt garam
½ sdtlada putih
3 sdm minyak goreng
1 bh bawang bombay, cincang kasar
2 siung bawang putih, cincang halus
6 sdm sos tomato
 2 sdm sos cili
 100 gr keju cheddar, 
 Margarin untuk olesan

Cara Membuat :

Campur daging cincang dengan tepung kanji dan telur.
 masukkan garam dan lada putih, gaul rata dan buat bola2 menjadi kurang lebih 20 buah.
Panaskan minyak, tumis bawang bombay dan bawang putih.
Masukkan sos tomato dan sos cili, tambahkan 100 ml air,
  masukkan bola-bola daging dalam loyang tahan panas yang telah diolesi margarin.
Tuang sos ke atasnya, panggang dalam oven 180 Celcius selama 15 menit dengan ditutup alumunium foil.
Keluarkan dari oven dan letakkan  keju di atas bola-bola.
Panggang lagi 15 menit tanpa alumunium foil.(ikut kepanasan oven masing)...
Angkat, hidangkan panas-panas.



                                                                                                                                                                                 

PAI TUNA

                                                                                       
 ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....LAMA BETUL TAK MEMBEBEL KAT DLM BLOG NI......SEBENARNYA RINDU JUGA....CUMA KADANG2 KE SUNTUKAN MASA MEMBUATKAN ILA MALAS NAK TAIP PANJANG2 ...MAKLUMLAH...ILA NIKAN DRIVER SUAMI DAN ANAK2....KELUAR RUMAH 4 KE 5 KALI SEHARI TU YG TERLEBIH RAJIN TU...EEEEEEEEE......
SEBENARNYA DAH LAMA ILA NAK CUBA BUAT PAI TUNA NI TP TAK JUGA BUAT2...TAK SILAP ILALAH DAH 2 BLN ILA BELI TUNA NI....TERSIMPAN JAKLAH....NASIB BAIK TAK TAMAT TEMPOH HEHEHEHE....DI SBBKAN NAK HABISKAN STOK CHEESE BARULAH ILA TERINGAT RESEPI PAI TUNA NI........APA LAGI, ILA PUN CUBALAH...DANNNN....... ALHAMDULILLAH...HASILNYA MEMANG MEMUASKAN HATI. WLUPUN PERTAMA KALI DI CUBA....DAN SEKARANG ILA KONGSIKAN RESEPINYA DI SINI YA....SILALAH BUAT SENDIRI YA HIHIHIHI.....
                                                                                    
BAHAN DOH:
230GM TEPUNG GANDUM
125GM MENTEGA
1 BIJI TELUR
1/2 SUDU TEH GARAM
1 SUDU BESAR GULA HALUS

CARA MEMBUAT DOH:
MASUKKAN SEMUA BAHAN DLM MANGKUK SEDERHANA BESAR DAN GAUL RATA HINGGA MENJADI DOH....BIARKAN 5 MINIT DLM BEKAS TERTUTUP KEMUDIAN TEKANKAN DOH KE ACUAN PAI....BAKAR SELAMA 20 MINIT ATAU HINGGA MASAK....
DI SBBKAN ACUAN PAI ILA TU COMEL AJA,,,...JADI ADALAH LEBIH DOH TADI DAN ILA MASUKKAN KE DLM ACUAN TART TELUR .....NAMPAK COMEL PULAKLAH JADINYA....(KLU RASA DOH TERLALU LEMBUT...BOLEHLAH TAMBAH TEPUNG SEDIKIT2....)

INTI TUNA:
1 TIN KECIL TUNA(ILA GUNA TUNA HANCUR YG DI RENDAM DLM MINYAK)
1/2 BIJI CILI BANGGALA DI DADU
1/2 BIJI BAWANG BESAR DI DADU
5 BIJI CENDAWAN BUTANG DI DADU
100 MLM SUSU SEGAR (ILA GUNA SUSU CAIR) 
1 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
GARAM, PERISA(ILA GUNA PASTI SEDAP) SBB TULAH JADI SEDAP HEHEHEHE DAN SEDIKIT SERBUK LADA PUTIH...
KEJU CHEDDAR UTK TABUR KAT ATAS( RESEPI ASAL GUNA KEJU CHEDDAR AJA..TP SBB TAK CUKUP BANYAK JADI ILA TABURKAN KEJU MOZZARELLA SEKALI......



CARA MEMBUAT INTI:
BUANGKAN MINYAK IKAN TUNA TADI DAN RATAKAN DI ATAS KULIT PAI YG TELAH DI MASAK TADI
TABURKAN, CILI BANGGALA HIJAU, CENDAWAN BUTANG DAN BAWANG BESAR YG DI POTONG DADU...KETEPIKAN
SATUKAN SUSU, TEPUNG JAGUNG, LADA PUTIH, PERISA DAN TELUR DLM 1 BEKAS,,,,KACAU RATA DAN TUANGKAN DI ATAS PAI TADI... KEMUDIAN TABURKAN CHEESE BERAPA BYK YG KORANG SUKA...LAGI BYK LAGI SEDAPLAH HASILNYA.....BAKARLAH HINGGA MASAK.....
SIAP
 DAN BOLEH DI MAKAN DGN SOS CILI.....

SELAMAT MENCUBA SEMUA........



Isnin, 16 Julai 2012

KERABU MANGGA



3 BIJI MANGGA DI PARUT
5 BIJI CILI API DI POTONG KECIL..
1 BUNGKUS BUAH GAJUS SEGERA
2 SUDU BESAR UDANG KERING DI SIRAM AIR PANAS DAN DI TUMBUK HALUS
SETENGAH BIJI LIMAU NIPIS
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
SETENGAH BIJI BWG KUNING
SEDIKIT SOS IKAN

CARA MEMBUATNYA::

CAMPURKAN SEMUA BAHAN DLM 1 MANGKUK SEDERHANA DAN GAUL RATA KECUALI GAJUS.....AKHIR SEKALI BARU MASUKKAN BUAH GAJUS DAN BOLEHLAH DI HIDANGKAN......

SELAMAT MENCUBA....

~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~


~ PUDING LAPIS MOLIK (MILO & HORLICK) ~
Sumber ilham: Pn. Rahayu Samsu @ Rahayu Sesuci Kasih Abadi.

Bahan2:-
1) 20gm agar2 bertali ~ potong kecil2.
2) 1500ml air (5 1/4 cwn)
3) 3/4 cwn gula pasir.
4) 250ml susu cair.
5) 1 biji telur.
6) 120gm milo.
7) 120gm horlick.
8) Acuan puding & Loyang.

Cara2nya:-
1) Agar2 bertali dipotong kecil2, gula dan air di masak sehingga agar2 hancur dan mendidih.
2) Blenderkan telur dgn susu cair dan masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.
3) Bahagikan adunan agar2 kepada 2 bahagian (Ayu masukkan 1/2 adunan di periuk kecil yg lain lagi, jadi bermakna sdh ada 2 adunan yg berlainan periuk.
4) Campurkan milo dan horlick di adunan yg berasingan tadi. Kacau2kan sehingga sebati dan hancur.
5) Basahkan acuan atau loyang terlebih dahulu dan masukkan adunan milo ke dalam acuan tadi dan keraskan.
6) Setelah adunan milo keras, masukkan lagi adunan horlick juga sama banyak mgikut sukatan cawan atau bekas yg sama size. Keraskan lagi dan ulanggi proses melapis sehingga kedua2 adunan habis.

** Ayu mengunakan 2 acuan yg sama size dlm adunan ini.... jika mgunakan acuan yg lebih besar atau loyang, adunan ini cukup2 utk satu acuan besar bersize 8".
** Ayu keraskan adunan di dlm frezer beku supaya proses keraskan agar2 lebih cepat.
** Sebelum melapis, pastikan adunan kedua2 agar2 di dalam periuk tadi cair, pasang api gas dan cairkan baru di masukkan dlm acuan....

SELAMAT MENCUBA....