BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 18 Mei 2012

KUIH LAPIS....

Apa khabar semua ?? maaf lah dah lama x berceloteh , x ada masa & kadang2 penyakit "M" pun datang ..
kali ni mari kita lihat , oh ! kuih lapis lah .. hehehe , sblum ni suami dan anak2 x suka pun kuih ni , x tau lah kenapa berminat pulak kali ni .. baru keluar dari acuan dah kata " mummy , nak makan boleh ? " kihkihkih .. laju je bertanya .. makan2 dijemput ya .. ok lah jom kita tengok resepi yang aku copy paste ni .. selamat mencuba :)

RESEPI ~ KUIH LAPIS ~
Sumber: Kak Linda Merc.
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.

dicopy oleh: Fatimah ila.....

Bahan2nya:-
1) 2 cawan santan ~ Ayu guna santan kotak Ayam Brand (1/2 cwn santan + 1 1/2 cwn air)
2) 2 sudu makan tepung beras.
3) 2 sudu makan tepung kastard.
4) 1 cawan tepung gandum.
5) 1/2 cawan gula pasir ~ Ayu guna gula kastor.
6) Secubit garam ~ Ayu guna 1/2 sudu kecil.
7) Perwarna merah, hijau dan biru....

Caranya:-
1) Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tapiskan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Ila hanya bahagikan kepada 3.
3) Didihkan air kukusan, sapukan acuan dgn sedikit minyak masak dan masukkan sesudu adunan ke dlm acuan dan kukuslah selama 2-3 minit atau kering. Kemudian masukkan lagi 1 sudu warna asal.... Ulanggi proses melapis sehingga habis.
4) Setelah lapisan terakhir....kukus lagi selama 10-15 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA....

0 ulasan: