BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 16 Julai 2012

Kek Marble Strawberry vs Coklat & Cheese.


Resepi: Kek Marble Strawberry vs Coklat & Cheese..(loyang 9inci)
Sumber: Ani Sanusi

~Bahan2 A:-~
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula halus / aising - saya guna gula yg d blend
1 biji telur
2 sudu mkn susu segar / cair
1 penutup botol esen vanila

~Caranya:-~
Pukul cream cheese dgn gula hingga hncur sebati..kemudian masukkan telur,susu segar dan esen vanila..pukul lagi sehinga sebati dan creamy..
ketepikan..

~Bahan2 B:-~
250gm butter / marjerin - saya guna marjerin
200gm gula halus / kastor - saya guna gula yg d blend
4 biji telur
200 ml susu segar / full krim - saya fresh milk dutch lady kotak
250gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1 sudu teh / 5ml coklat emulco
1 sudu teh / 5ml strawberry emulco
sedikit pewarna pink
(Bahan yg bertanda * d ayak bersama sebanyak 2x)

~Cara2:-~
1. Sediakan loyang d lenser dan alaskan dgn kertas minyak.

2. Panaskan oven pada suhu 170c -ikut suhu oven masing2..

3. Bancuhkan adunan bahan A kemudian ketepikan..

4. Dalam bekas yg lain adunkan bahan B: pukul butter dgn gula hingga kembang dan berwarna putih..

5. Kemudian masukkan telur sebiji2 dgn jarak 1 minit stiap biji..pukul hingga kembang dan gebu..

6. Perlahan kan speed masukkan tepung dan susu segar berselang seli hingga habis dan pukul hingga sebati..

7. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian dan campurkan coklat emulco dan strawberry emulco setiap bahagian..

8. Tuangkan sparuh adunan coklat ke dalam loyang lepas tu adunan cheese sedikit, separuh la adunan strawberry,adunan cheese lg..

9. Kacaukan adunan d dalam loyang guna spatula buat putaran angka 8...

10. Ulang langkah 8 td sehingga habis adunan dan buat marble lg dgn putaran bntuk 8.. (langkah 8 - 10 boleh ikut cara masing2 mcm mana nak melapis dan memarble kan adunan..ikut kreativiti masing2)

11. Setelah habis ratakan permukaan dan bakar dlm oven suhu 170c dgn cara double boiling selama 1 jam atau sehingga masak..(ikut suhu oven masing2 ya..saya guna suhu 170 dan bakar selama 1jam 15 minit)

(p/s: uji kek dgn lidi sama ada kek sdh masak atau belum..jika masih melekat d lidi tmbah kan masa dalam 10 - 15 minit..kek ni memg lembab kat dalam..jd masa menguji lidi akan keluar lembab tp bila dah masak kek tak akan melekat d lidi dan hnya nmpk berminyak saja)

SELAMAT MENCUBA KEPADA KWN2 YG SUDI MENCUBANYA..:)



COKLAT BUTTERCREAM(dari blog Sally Rashid)

Bahan:
90g shortening (saya guna krimwell)
50g mentega
190g gula aising
60g coklat masakan (cairkan)

Cara :
1. Pukul shortening/krimwell, mentega & gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan coklat cair dan kacau rata.

0 ulasan: