BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 29 April 2012

PUDING ROTI KUKUS

                                                                                           

1 BUNGKUS ROTI GARDENIA..(AMBIL TEPINYA SAJA)
1 KOTAK KECIL SANTAN 200ML
200ML AIR
4 BIJI TELUR GRAD A
1 SUDU KFC PERISA PANDAN
1 SUDU KFC PERWARNA HIJAU...KLU KURANG HIJAU BOLEH AJA DI TAMBAH HEHEHE..
5 SUDU BESAR GULA PASAR
KISMIS(SUKA HATILAH NAK LETAK BERAPA BYK YA)

CARA MEMBUATNYA;
SAPUKAN LOYANG DGN PLANTA DAN TABURKAN TEPI ROTI BERSELANG SELI DENGAN KISMIS.
MASUKKAN SEMUA BHN2 YG TINGGAL TU KE DLM BLENDER DAN BLENDER HINGGA GULA HANCUR.
KEMUDIAN TUANG KE LOYANG YG DAH DI ISI DENGAN ROTI TADI....
TEKAN2KAN ROTI TADI HINGGA SEMUANYA TENGELAM.....BIARKAN DLM 10 MINIT KEMUDIAN BOLEHLAH DI KUKUS HINGGA MASAK....
KUKUS DLM 1 JAM DENGAN API SEDERHANA...
SIAP DAN SELAMAT MENCUBA.....


Selasa, 24 April 2012

Pancake Pandan.

 

RESEPI NI ILA COPY DARI ABG CHEF JOHA HASSAN
KORANG PANDAI2LAH AGAK YA MCM MANA NAK BUAT HEHEHEHE....                                       
Bahan2nya
2 cawan tepung naik sendiri,
Secubit bicarbonate powder,
Sebiji telur,
Air suam,
Santan,
Pewarna pandan paste,
Garam dan Gula secukup.
Minyak atau butter di sapukan di kuali sebelum mengorengnya.




Ahad, 22 April 2012

KEK B.DAY FARHANA HAFIZAH...


AISKRIM GORENG....

                                                                                          

~ AISKRIM GORENG ~
Sumber resepi: Kak Noor Ridah Daud.
Oleh: Pn. Rahayu Sesuci Kasih Abadi.
Dicopy oleh: Fatimah ila lah.....hehehehe....

Bahan2:-
1) 2 keping roti gardenia.
2) 1 skop aiskrim ~ pilihan perisa.
3) 1 biji cawan yg mulut tebal.

Cara2nya:-
1) Letakkan sekeping roti dan skopkan aiskrim pilihan dan kemudian letakkan lagi sekeping roti di atasnya lalu di tekan dgn mulut cawan yg tebal....
2) Sejukkan di dlm frezer dlm bbrp jam sebelum di goreng. Ayu hanya bekukan dlm 2 jam shj....
3) Panaskan minyak betul2 panas dan bolehlah di gorengkan roti yg telah di bekukan tadi.... goreng sehingga kekuningan....
4) Siap.... Selamat menikmati roti yg garing di luar dan sejuk aiskrim di dlmnya....

p/s ~ boleh buat sbrp byk yg di kehendaki.... sebaiknya buat sebelah mlm dan esok harinya boleh di goreng.... boleh buat byk2 dan stock aja di frezer....

SELAMAT MENCUBA....

Jumaat, 20 April 2012

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

                                                                                               
bahan2...... 4bj telur,100g serbuk koko (atau krgkan pun boleh spya xbrapa pahit),200ml minyak jagung,150ml susu pekat manis,400ml susu cair,200g gla kastor...bhan ayak bersama..150g tpg gandum,1sdteh sodabkbonat n 1 sudu baking powder.

Lapisan cheese :::

250g cream cheese
60g gula
1 bj telur gred A
25 ml air

* bancuhan cheese
- Campurkan semua bahan kecuali telur
- Pukul sampai kembang & masukkan telur
-Pukul lg ( sekejap je..asalkan rata )

cara2...... masukn gula kastor,susu pekat,susu cair n myk jagung ke dlm periuk,panaskn hga gula hancur dgn api yg perlahan.ketepikan n biar sejuk.dlm bekas lain,pukul telur hga kembang,kmudian masukn dlm adunan td.kacau rata. masukan serbukkoko n tepung n soda n baking pow.kacau rata.....pastu bahagilan adunan kepada 2 bahagian...kukus bahagian yg pertama selama 15 minit....kemudian tuang adunan cheese tadi...kukus lagi dlm 15-20 minit....dan akhir sekali....masukkan adunan coklat yg 1 lagi....kukus hingga masak....

SIAP....SELAMAT MENCUBA


                                                   INILAH HASILNYA YG DAH SIAP DI DEKO.....

PUDING DOT...DOT....


Jumaat, 13 April 2012

PUDING SAGU BERNANGKA DAN RED RUBIES....


BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan


BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais

BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung
GULA PASIR SUKA HATILAH NAK BERAPA BYK.... HEHEHE....

7 BIJI NANGKA DI DADU....(BILA SANTAN  DAH MENDIDIH DAN DI PADAMKAN API...BOLEHLAH MASUKKAN NANGKA KE DLM SANTAN TADI...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
  3. UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
  4. Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, Letak pula red rubies dan nangka sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

Isnin, 9 April 2012

PUDING OREO

                                                                                             
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk agar (berat 10 gram)
10 biskut oreo, asingkan cream dan kisar halus
2 cawan air (500 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan gula halus
2 camca besar serbuk koko*
2 camca besar air panas*(*satukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air, gula, serbuk agar2 dan daun pandan hingga larut. Keluarkan daun pandan. Sementara itu satukan susu, bancuhan koko dan kacau perlahan dan curah dalam agar2 tadi. Kacau rata....kemudian masukkan biskut oreo tadi....dan kacau rata....
  2. Tuang dalam acuan pilihan hingga habis, biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga agar2 menbeku. Keluar dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.

Jumaat, 6 April 2012

SNOW PUDING





SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes

Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin......

SIAP.....SELAMAT MENCUBA....RESEPI NI...ILA COPY DR KAK AZLITA MASAM MANIS....

Isnin, 2 April 2012

PUDING PANDAN

SELAMAT SEJAHTERA..:),
nampak ni??heehehe..inilah kerja adik iparku waktu subuh buta lagi...dia nak sangat makan jadi snggup bngun awal nak buat..hehehe..anak2 kata sedappp..memanglah sedap siapa chefnya..(puji diri sndiri jap..heheh)nak cerita apa lagi ea??entah lah..best lah dapat kerja ramai2 mase kenduri ni , nasib baik dapat buat sblum adik ipar tu belum balik kalau tak..entah lah..kelam kabut lah jadinya rumah ..gamat dengan suara membebelnya..heheh..kepenatan belum hilang & duit yang melayang di biar saja..alhamdullilah semuanya berjalan lancar wlaupun sbnrnya ada yg siap last minit..kat dapur pun masih goreng ayam lah..hehehe..ok lah, nanti resepi akan datang menyusul..bye2:)
BAHAN2NYA:
400ML SANTAN...(JGN TERLALU CAIR)
5 BIJI TELUR)
1 KEPING ROTI
5 HELAI DAUN PANDAN(DIKISAR DGN SANTANDAN JGN LUPA TAPIS YA)
PERWARNA HIJAU JIKA PERLU
GULA PASIR SECUKUP RASA

CARA MEMBUATNYA:
PANASKAN PENGUKUS....
MASUKKAN SEMUA BHN DLM PENGISAR DAN TERUS TUANG DLM LOYANG...
DAN KUKUSLAH HINGGA MASAK....
SIAP.PPPPPP....SENANGKAN....
SELAMAT MENCUBA....

PUDING ROTI KASTARD BERLAPIS..



PUDING NI MEMANG MENDAPAT SAMBUTAN MASA ILA BUAT KENDURI KHATAM QURAN ANAK HARI TU....ILA JUMPA RESEPI PUDING NI KAT BLOG SALLY .....SEKALI PANDANG...TERUS JATUH CINTA HAHAHA....BUKAN SAJA NAMPAK CANTIK TP BAHAN2NYA PUN MUDAH....DAN YG SALLY BUAT LAGI LAWALAH DARI ILA BUAT ....YG HEHEHE PALING TAK SANGKA....ADA TETAMU YG DTG MENEMPAH DGN ILA PUDING NI....HEBATKAN PUDING NI....OKLAH....JOM TENGOK RESEPI.......

Bahan :
* 3 keping roti
* 3 sudu makan tepung kastad
* 2 biji telur
* 2 sudu makan mentega
* 1/2 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 2 peket agar2 (10gm)
* gula secukup rasa
* 4 cawan air utk 1 bungkus agar2...
* pewarna (saya letak merah sebab nampak cantik dan terang)
Cara :
* Masak 1 bungkus agar2 bersama 3 cawan air dan gula halus
* Blend roti, telur, tepung kastad, susu cair, susu pekat & mentega bersama 1 cawan air
* Masukkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam agar2 tadi. Kacau sehingga masak dan sebati. tuangkan dlm loyang.
* dalam periuk lain masak agar2 yg 1 lagi dan masukkan gula secukup rasa dan 4 cawan air...masukkan pewarna merah dan masak hingga mendidih.
Kemudian perlahan2 tuangkan adunan yang berwarna tadi ke bahagian atas lapisan pertama tadi.
* Potong apabila puding betul2 sejuk. Sedap dimakan sejuk2

BROWNIES CHEESE COKLAT.



RESEPI BROWNIES NI ILA AMBIL DR KOLEKSI DUYUNG.....SEDAPPPPP SANGAT DAN PALING CEPAT HABIS MASA KENDURI ILA HARI TU....JGNLAH KORANG TENGOK GAMBAR TU YA......MEMANGLAH TAK LAWA....MAKLUMLAH PERCUBAAN PERTAMA TU....TP RASA..........100 MARKAH NI NAK BAGI KAT DUYUNG....HEHEHE....RATA2 TETAMU YG DTG MEMANG PUJI KUIH NI.....KLU KORANG NAK CUBA.....JOM TENGOK RESEPI KAT BAWAH...

BROWNIES
BHN:(A)
1 cwn koko
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu kotak coklat
1/2 cwn susu pekat

*masak kesemua bhn2 di atas.kemudian sejukkan
BHN:(B)
* 1 1/4 cwn tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bircarbonate
3 biji telur
SILA AYAK BHN YG BERTANDA *


*putar telur hingga kembang,+bhn A + bhn B.bakar suhu 160'c selama 25 minit.lapik loyang dgn kertas minyak.guna loyang yg boleh buka bwhnye..jika x de..kertas minyak mesti melebihi saiz loyang supaya senang di tarik keluar.simpan 2 sudu besar adunan untuk di corak atas cheese.

BHN ATAS:
250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cwn gula halus
1 sudu mkn lemon jus
*pukul bhn semua jd kembang..pastu buh atas kek coklat tadi.corakkan dgn adunan yg 2 sudu tadi.bakar semula p suhu di turun kan sikit supaya cheese x itam..dlm 15-20 minit..ikot aven masing2..

SEALAMT MENCUBA..