BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 7 Julai 2012

puding susu berlapis


Sumber Resepi : Kak Ct Delima
Bahan Lapisan Susu : ILA BUAT 2 KALI...1 UTK LAPISAN BAWAH DAN 1 UTK LAPISAN ATAS....
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila(ILA GUNA PERISA PANDAN)

Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.(ila tukar ke perasa pandan)
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.


Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai

Cara-Cara :

  • Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. biarkan 2/12 cawan dlm periuk dan bila agak pekat boleh di panaskan dgn api kecil... ILA BIARKAN PUTIH.....
  • Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² putih  dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
  • Bila adunan agar² putih dah hampir keras letakkan 1 LAGI LAPISAN AGAR2 SUSU...
  • BOLEHLAH DI SEJUKKAN.....DAN DI MAKAN...

0 ulasan: