BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 2 April 2012

PUDING ROTI KASTARD BERLAPIS..



PUDING NI MEMANG MENDAPAT SAMBUTAN MASA ILA BUAT KENDURI KHATAM QURAN ANAK HARI TU....ILA JUMPA RESEPI PUDING NI KAT BLOG SALLY .....SEKALI PANDANG...TERUS JATUH CINTA HAHAHA....BUKAN SAJA NAMPAK CANTIK TP BAHAN2NYA PUN MUDAH....DAN YG SALLY BUAT LAGI LAWALAH DARI ILA BUAT ....YG HEHEHE PALING TAK SANGKA....ADA TETAMU YG DTG MENEMPAH DGN ILA PUDING NI....HEBATKAN PUDING NI....OKLAH....JOM TENGOK RESEPI.......

Bahan :
* 3 keping roti
* 3 sudu makan tepung kastad
* 2 biji telur
* 2 sudu makan mentega
* 1/2 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 2 peket agar2 (10gm)
* gula secukup rasa
* 4 cawan air utk 1 bungkus agar2...
* pewarna (saya letak merah sebab nampak cantik dan terang)
Cara :
* Masak 1 bungkus agar2 bersama 3 cawan air dan gula halus
* Blend roti, telur, tepung kastad, susu cair, susu pekat & mentega bersama 1 cawan air
* Masukkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam agar2 tadi. Kacau sehingga masak dan sebati. tuangkan dlm loyang.
* dalam periuk lain masak agar2 yg 1 lagi dan masukkan gula secukup rasa dan 4 cawan air...masukkan pewarna merah dan masak hingga mendidih.
Kemudian perlahan2 tuangkan adunan yang berwarna tadi ke bahagian atas lapisan pertama tadi.
* Potong apabila puding betul2 sejuk. Sedap dimakan sejuk2

0 ulasan: