BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 Disember 2011

STRAWBERRY LIGHT CHEESE CAKE

 
 
        Ini salah satu hidangan yang akan ila hidangkan kat tetamu...nmpak sedapkan...haa..ini pulak resepi dr kwn fb :Ani Sanusi...dh selalu buat cotton cheese cake..hari ini try jugaklah resepi ni...mari lihat ya....sila2 mencuba..                                                                                                                                                                     BAHAN2: LOYANG 7 INCI

4-5 keping slice cheese ( saya guna 125 g cream cheese philadelphia- xda slice cheese )
200 ml susu segar strawberry ( saya guna susu sekolah anak yg susu putih hehe..tiada stok d rumah )
70 gm butter / marjerin ( saya guna marjerin )
70 gm tepung gandum - ayak dahulu
70 gm gula ( saya guna gula halus yg d blend )
4 biji telur ayam ( saya guna 3 biji gred A)
1 sudu teh strawberry emulco,(klu guna susu strawberry tak perlu),
beberapa titik esen vanila.

CARA-CARANYA:

1.Sediakan loyang & glis (saya ikut cara Hasue, lepas sapu marjerin /minyak taburkan tepung rata2)

2.Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.(guna hand wisk) Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.(d sini saya masukkan terus strawberry emulco)

3.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi merinque.

4.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul,akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.

5.Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,(saya guna 150 C slama 40 minit bergantung pada suhu oven masing2 ya..bakar shingga masak- saya ada tmbah beberapa minit lg..)

6.Uji kek dgn mencucukkan lidi k dalamnya jika lidi keluar bersih tandanya dah masak..cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. masukkan loyang adunan ke dalam loyang lebih besar dan tuangkan air panas k dalam loyang yg lebih besar tu..

7.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya...:)
 
*ILA GUNA LOYANG 8 INCI...TU YG NAMPAK NIPIS SIKIT...

0 ulasan: