BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 11 Disember 2011

lasagna daging...

Assalamualaikum semua...ni ila nak tunjuk sikit hidangan lasagna daging yg ila warwarkan nak buat kat fb...utk tetamu yg nak dtg tukan....ila nak cakap....lasagna ni sedappppppp sesangat....korang pernah makan pizza dgn spageti tak...haaaaaa.....mcm tulah rasanya...bila di gabungkan...dgn limpahan cheesenya yg berlapis2...aduiiii memang tak dapat di bayangkan keenakkannya....klu korang rasa2 nak cuba...jgn malu dan segan ya....ambillah resepi kat bawah...
  • 400g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego cendawan(yang kecil)
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 1biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1 labu bwg besar(cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah 
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa 
  • 3 sudu sos cili
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - ila rebus dulu tp bila dah lembut ila keluarkan 1 persatu dan terus pisah2kan sbb nanti dia melekat..
  • 1 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup) 

 BAHAN SOS PUTIH
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar/susu cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 1 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam 
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan tomato dan lobak masak hingga kuah pekat padamkan api.
  7. Sediakan sauce putih, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12.  masukkan daging yg dah simasak tadi dan tuang sedikit sos putih, keju mozzarella dan keju parmesan....tadi.dan ulang sampai 3 lapisan...
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna DAN 3 JENIS KEJU TADI YA
  14. Bakar dalam oven 120 selama 40 minit, atau sehingga masak...
  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak sos putih tu tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat . ok SELAMAT MENCUBA....

0 ulasan: