BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 16 Disember 2011

KEK KUKUS MARBLE COKLAT CHEESE

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA...KEK NI HASIL KERJA ILA SEMALAM...KEK YG TAK MENJADI MARBLENYA KERANA TAK IKUT CAKAP TUAN PUNYA RESEPI...PADAN DGN MUKA ILA NI KAN...TULAH...LAIN KALI KALAU BUAT KEK...IKUT CAKAP TUAN PUNYA RESEPI HEHEHE...TAKLAH JADI MCM KEK ILA NI...TP NAK KATA JUGA KWN2...YG KEK NI...MEMANG SEDAPPPP...ALMAKLUMLAH ADA CAMPURAN CHEESE...MASUK DLM PETI AIS DAN MAKAN SEJUK2...SEDAPPPPP OOOOOO....RESEPI ILA DAH SERTAKAN...KORANG BILA LAGI NAK BUAT....TP IKUT ARAHAN NI BETUL2 TAU...NANTI KEK KORANG JADI CANTIK SANGAT.....

~ KEK KUKUS MARBLE COKLAT CHEESE

Resepi:  ~ Ani Sanusi.
Olahan: Pn. Rahayu Samsu.



Bahan2 (A) ~ Loyang 8"

1) 200gm mentega/marjerin.
2) 20gm serbuk koko ~ ayak 2x.
3) 200gm gula kastor.
4) 4 biji telur.
5) 230gm tepung naik sendiri ~ ayak 2x.
6) 1 sudu teh baking powder ~ ayak 2x.
7) 1 sudu teh soda bikarbonate ~ ayak 2x.
8) 1 sudu teh esen vanila.
9) 200ml susu segar (susu kotak)/ila guna susu cair jak

Bahan2 (B)
1) 250gm krim keju (cheese) ~ Philadelphia (suhu bilik)
2) 60gm gula kastor.
3) 1 sudu teh esen vanila.
4) 1 biji telur.
5) 2 sudu teh susu segar ~ ambil dri bahan (A) tu ja.

Cara2nya:-
1) Pukul butter n gula sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3) Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder n soda bikarbonate yg telah dia ayak 2x dan esen vanila di selang seli dgn susu segar sehingga habis. Pukul sebati. ketepikan.
4) Di sebuah bekas (mangkuk) yg lain, pukul krim keju (cheese) dan gula sehingga sebati.
5) Masukkan esen vanila, telur dan 2 sudu teh susu segar yg di ambil dri sebahagian 200ml susu dri bahan (A). Pukul lagi sehingga sebati. ketepikan.
6) Tuangkan adunan bahan (A) dan (B) berselang seli sehingga habis dlm loyang 8" yg telah di gris minyak n di atas kertas minyak dan bila dah siap....gorang2kan loyang tu ya...tp jgnlah terlebih goyang sangat...sikit dahlahhhhhhh....
7) Panaskan air kukusan dan bolehlah di kukus dalam 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

Tip ~ Untuk pastikan kek kita masak, sila test dgn lidi sate n cucuk di bahagian tengah kek, jika lidi sate dikeluarkan dlm keadaan bersih n licin, bermakna kek kita sdh masak dgn sempurna.

SELAMAT MENCUBA....

Sekadar hanya utk berkongsi ilmu masakan....

0 ulasan: