BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 7 Disember 2011

KARAMEL LAPIS COKLAT

 SELAMAT BERTEMU LAGI KAWAN2....HARI NI ILA BUAT KARAMEL LAPIS COKLAT TAU...SEDAPPPPP...KAWAN2 PERNAH CUBA TAK....RASANYA LAGI SEDAP DR KARAMEL YG BIASA BAGI PENGEMAR COKLAT MCM ILA NI LAH HEHEHE...APA PUN...MARI KITA CUBA RESEPI YG SEDAP INI...


PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

0 ulasan: