BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 7 Disember 2011

Blueberry Cotton Soft Japanese Cheesecake

 ini pulak kek yg di tempah oleh kawan abg semlm...sempena b'day emak dia....ila harap2 sangat yg dia berpuashati dgn kek ini....tp kek ni memang sedap tau...terutamanya utk org2 yg menggemari cheese...kek yg sangat lembut dan ringan....selamat mencuba ya...


Cotton Soft Japanese Cheesecake
Bahan-bahan
Bahan A
250 gram cream cheese
50 gram butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gram tepung kek/tepung superfine
20 gram tepung jagung

Bahan B
140 gram gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya
Bahan A
Cairkan cream cheese,butter dan susu segar menggunakan kaedah double boil.Pastikan ketiga2 bahan berada pada suhu bilik untuk mengelakkan cheese berketul
Bila dah cair,sejukkan.Kemudian masukkan tepung superfine,tepung jagung,kuning telur,garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi.Gaul sebati(gaul guna senduk kayu je)

Bahan B
Dalam bekas lain,pukul putih telur bersama jus lemon sehingga berbuih(pastikan peralatan seperti mangkuk dan mixer dlm keadaan kering dan tidak berminyak,jgn ada kuning telur sikit pun dlm putih telur)
Kemudian tambahkan gula kastor dan pukul lagi sehingga bertanduk
Campurkan Bahan A tadi ke dalam Bahan B yg dah gebu dan kacau sebati
Loyang digris bahagian bawah dan di salut dgn baking paper di bahagian tepi
Tuang adunan ke dalam loyang.Selepas itu balut bahagian bawah hingga separuh tinggi loyang dengan aluminium foil(untuk elakkan air masuk sebab bakar menggunakan kaedah double boil,kalo x nak balut aluminium foil pun x pe,tapi untuk yg gunakan springform digalakkan balut)
Kemudian letak loyang yg mengandungi adunan kek ke dalam satu lagi loyang yg lebih besar dan tuang air panas ke dalam loyang besar(kaedah double boil),air panas mesti 1/2 tinggi loyang kek
Bakar dalam oven kira2 satu jam,suhu 180'c api atas bawah(bergantung pada oven masing2)
Oven hendaklah dipanaskan lebih awal....(blueberry filing utk hiasan boleh beli dikedai jual bhn kek ...

0 ulasan: